awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skuad negara akhiri kempen Piala Asia Futsal dengan kekalahan besar
JDT pesta gol, Faisal Halim selamatkan Selangor
12 pelombong terbunuh dalam serangan dron Rusia di Ukraine
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid Ibrahim akan jumpa Majlis Dewan Diraja Selangor Isnin

Haider Yutim
Haider Yutim
10/08/2014
04:55 MYT
Khalid Ibrahim akan jumpa Majlis Dewan Diraja Selangor Isnin
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Majlis Dewan Diraja Selangor dijadualkan akan bermesyuarat esok (Isnin) bagi membincangkan kedudukan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
Dalam satu kenyataan pada Ahad, Abdul Khalid berkata beliau akan tetap meneruskan tugas sebagai Menteri Besar serta dinasihatkan supaya tidak membuat apa-apa kenyataan sehingga mesyuarat tersebut selesai.
"Saya juga telah dinasihatkan oleh peguam supaya tidak membuat apa-apa kenyataan agar tidak menganggu proses undang-undang yang mungkin akan diambil pada masa akan datang," jelasnya.
Dalam pada itu, Abdul Khalid turut mengulangi kenyataannya semalam yang menerima keputusan Parti Keadilan Rakyat (PKR) meskipun katanya tindakan itu salah dan tidak menurut undang-undang serta bertentangan dengan perlembagaan parti.
Abdul Khalid, pada Sabtu telah dipecat dari PKR sebagai ahli seumur hidup berkuatkuasa serta merta.
Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong berkata, keputusan itu telah dibuat pada Mesyuarat Pimpinan Pusat (MPP) selepas meneliti dan mengadakan siasatan berkenaan kes disiplin dan tatatertib terhadap Abdul Khalid.
Topic Berkaitan
#abdul khalid
#majlis penasihat Raja-raja
#MB Selangor
#mesyuarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan