Tindakan Khalid Ibrahim menaikan gaji 56 ADUN Selangor menimbulkan berbagai persepsi pro dan kontra. Ada yang menganggap kenaikan itu tinggi dan ada yang menyifatkan Khalid lebih mementingkan sendiri daripada kebajikan rakyat.
Yang mengkritik Khalid bukan saja dari pihak UBN tetapi dari PKR sendiri.
Semalam Khalid mengumumkan kenaikan elaun ADUN di Dewan Undangan Negeri Selangor. Ekoran kenaikan itu ADUN Selangor akan menerima kadar gaji baru berjumlah RM11,250; Timbalan Speaker RM15,750; Speaker RM22,500; Exco RM20,250 dan MB RM29,250.
Kenaikan paling tinggi ialah untuk Speaker sebanyak 373%. Bahkan gaji Khalid dikatakan mengatasi gaji perdana menteri RM22,826.65.
Naib Presiden UMNO Hishamuddin Hussein mempertikaikan kenaikan itu menyifatkan Khalid lebih mementingkan kebajikan sendiri dari menjaga kepentingan rakyat. Katanya rakyat Selangor masih belum terbela sepenuhnya di mana masalah pembangunan di luar bandar, kebajikan rakyat tidak lagi sempurna.
Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim juga tidak senang dengan kenaikan itu yang dianggap sebagai terlalu tinggi. Walaupun beliau setuju dengan kenaikan itu tetapi ia tinggi dan minta Khalid mengkaji balik dan memberi alasan munasbaah.
Manakala Mohamed Azmin Ali meminta kenaikan itu ditangguhkan.
Khalid Ibrahim hari ini bagaimana pun bingkas mempertahankan kenaikan itu kerana ia munasabah kerana bebanan wakil rakyat banyak. Beliau sebaliknya menempelak Azmin sekiranya tidak bersetuju boleh diberikan gaji yang naik itu kepada badan kebajikan.
Menarik juga isu ini. Tetapi mungkin ada yang terfikir kenaikan itu adalah perkara biasa dan wajar. Tetapi bagi pemerhati kenaikan itu ada motif tertentu kalau tidak masakan ianya diteruskan. Khalid ketika respon kepada kritikan dan teguran itu menegaskan ia adalah muktamad.
Mungkin apa yang dilihat di sebalik kenaikan gaji ADUN ini tidak disetujui oleh pihak lain dan dinafikan Khalid sendiri. Namun bagi pandangan umum kenaikan ini ada sebab dan tujuan tersirat yang boleh mengejutkan.
Umum tahu Khalid waktu ini sedang berhadapan dengan masalah, di mana corak pentadbirannya dipertikaikan. Cara beliau menguruskan negeri Selangor secara korporat menimbulkan kemarahan di kalangan ahli politik khasnya dari Pakatan Rakyat terutamanya PKR.
Justeru itu berlaku beberapa protes terhadap Khalid termasuk cadangan agar menurunkan beliau dari kerusi MB dan diganti dengan orang lain. Walaupun beberapa isyarat diberikan agar beliau meninggalkan kerusi MB dengan baik, tetapi Khalid seakan tidak mempedulikannya. Sikap 'lembu kenyang' yang diamalkan Khalid menjadikan kemarahan kepadanya semakin menjadi-jadi. Teguran secara baik dilakukan Anwar juga tidak dipedulikan.
Di satu peringkat pihak BBC Selangor mengemukakan memorandum memprotes tindakan Khalid yang memotong peruntukan pembangunan atas alasan ianya tidak dibelanjakan. Tindakan benar-benar menimbulkan kemarahan. Peringkat pemimpin parti komponen Pakatan Rakyat DAP dan PAS juga telah memaklumi keadaan ini.
Sikap beliau tidak mesra politik dengan orang-orang parti juga menjadi masalah. Akibatnya banyak masalah mengenai pengurusan parti tidak berjalan lancar kerana Khalid tidak sedia membantu parti dengan kedudukannya sebagai MB. Khabarnya Khalid tidak mempeduli langsung mengenai kewangan parti menyebabkan ada sesetengah kakitangan pejabat tidak bergaji.
Bertolak dari sikap dan stail itulah beliau terus dikritik sehingga sampai ke peringkat untuk mengadakan undi tidak percaya terhadapnya sekiranya beliau degil untuk tidak melepaskan jawatan. Ada sumber menyatakan beliau diberi masa selama tiga bulan.
Apakah langkah Khalid menambahkan gaji ADUN itu sebagai usaha beliau untuk mengambil hati para Adun Selangor agar tidak terpengaruh dengan suara-suara atau perancangan untuk mengadakan undi tidak percaya kepadanya? Tunggu ulasan selanjut. -- msomelayu.blogspot.com
_______________
* Tulisan ini pertama kali tersiar di blog Merah Tinta MSO.
* Ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan Astro AWANI.
Mohd Sayuti Omar
Fri Nov 29 2013
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Azmin Ali dilantik Setiausaha Agung Perikatan Nasional
Mohamed Azmin berkata PN komited untuk terus berada di lapangan bagi membantu mangsa banjir termasuk kerja-kerja pembersihan pascabanjir.
Saman syarikat pengimport telur terhadap Mohamed Azmin ditolak
Hakim menyatakan bahawa Deepak tidak memegang sebarang jawatan dalam syarikat itu, dan oleh itu, kenyataan Azmin tidak boleh dianggap merujuk kepada J&E Advance Tech Sdn Bhd.
PN tak bergantung perbalahan BN-PH untuk menang PRK Mahkota - Azmin
PN tidak bergantung kepada perbalahan yang berlaku antara BN dan PH untuk menang PRK DUN Mahkota.
PRK Mahkota: Azmin cabar MB Johor tubuh Kerajaan Perpaduan jika BN menang
PN cabar Menteri Besar Johor mengumumkan pembentukan Kerajaan Perpaduan di negeri itu sekiranya Barisan Nasional memenangi PPRK Mahkota.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Amirudin cabar Azmin jadi 'anak jantan', hadir beri keterangan
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mencabar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali supaya memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.
Saya sebut nama Deepak kerana ada gambar - Mohamed Azmin
Mohamed Azmin memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini beliau menyebut nama Deepak dalam ucapannya tahun lepas kerana terdapat foto ahli perniagaan itu bersama-sama seorang menteri dalam pesawat.
Filem Lee Chong Wei satukan Tun M, Azmin
Kedua-duanya ketika itu mempunyai beberapa isu berkenaan darjah kebesaran Dr Mahathir ditarik balik dan gesaan Azmin dilantik menjadi PM.
Buku Syed Saddiq singkap ada gerakan cadang lantik Azmin Ali jadi PM pada 2018
Beliau yang pada ketika itu pegawai kepada Dr Mahathir cuba menjadi orang tengah untuk mendamaikan kedua-dua pemimpin tersebut.
Ucapan Azmin bersifat jahat dan memfitnah beliau dan abangnya - Saksi
Ahli perniagaan, Deepak Jaikishan, berkata kenyataan Mohamed Azmin dalam ceramah politiknya pada 11 Mac 2023, adalah bersifat jahat yang memfitnahnya dan nama abangnya.