awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sean ‘Diddy’ Combs fail rayuan mohon dibebaskan segera dari penjara
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khalid tempelak tindakan Azmin mahu semak semula pemberian air percuma

Mariah Ahmad
Mariah Ahmad
21/08/2015
12:39 MYT
Khalid tempelak tindakan Azmin mahu semak semula pemberian air percuma
Kata Khalid, air itu adalah hak asasi rakyat tanpa mengira latar belakang, sama ada kaya atau miskin. - Gambar Fail
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menemplak tindakan penggantinya, Mohamed Azmin Ali yang mahu mengkaji semula pemberian air percuma kepada rakyat Selangor.
Jelasnya, kerajaan negeri perlu memastikan rakyat sentiasa menikmati air pada harga berpatutan, bukan sekadar mengaut keuntungan.
Kata Khalid, air itu adalah hak asasi rakyat tanpa mengira latar belakang, sama ada kaya atau miskin.
Dan ketika pemerintahannya, kerajaan negeri meletakkan had skim air percuma itu pada 20 meter sahaja kepada semua pengguna air domestik di Selangor bagi meringankan beban rakyat.
"Kalau mereka yang ada kolam renang di rumahnya dan menggunakan lebih daripada 20 meter padu, jadi gunakanlah akal kita. Bila kita tahu orang rumah tersebut menggunakan lebih, maka harga yang dia akan bayar mesti kita tingkatkan.
BACA: Ada yang tidak hargai air percuma - Azmin Ali
Jelasnya lagi, walau apapun tindakan Azmin selepas semakan itu, layanan sama rata perlu diberikan kepada rakyat tidak kira daripada golongan miskin atau kaya.
"Saya nak tunjuk kepada rakyat Selangor, setiap pemberian kita direkodkan tapi kalau esok kalau kita diskriminasi, katalah yang kaya kita tak bagi, tapi kita bagi yang miskin, tapi kita tidak tahu yang benar-benar miskin tau yang tidak. Ada sekejap dia kaya, sekejap dia miskin apa akan jadi? Jadi kos untuk mentadbirnya pun tinggi.
"Jadi itu sebabnya saya rasa perkara ini perlu dibincangkan. Kalau tidak mahu beri, tidak perlu beri kepada semua. Kalau mahu beri, berikanlah kepada semua orang.
Khalid berkata demikian ketika ditemui selepas selesai solat Jumaat di Masjid Seksyen 7, Shah Alam pada Jumaat.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Khalid Ibrahim
#Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan