KHAZANAH menyambut baik visi ekonomi komprehensif oleh Pengerusi kami, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diluncurkan pada hari ini. Sebagai Dana Kekayaan Berdaulat Malaysia, kami bersemangat untuk merealisasikan Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat bersama Perdana Menteri.
Visi 'Ekonomi MADANI' memberikan pandangan positif dan memberangsangkan untuk masa depan negara terutamanya ketika berada dalam ketidaktentuan global, dengan cabaran seperti inflasi, perubahan iklim dan risiko geopolitik yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi. Di Khazanah, strategi Memajukan Malaysia kami sejajar dengan visi Perdana Menteri yang tertumpu kepada peningkatan kualiti hidup segenap rakyat Malaysia, dan transformasi ekonomi serta peningkatan daya saing negara.
Khazanah telah mengambil langkah penting untuk memacu daya saing ekonomi dan daya tahan negara melalui pelbagai inisiatif. Sebagai contoh, kami telah memperuntukkan RM6 bilion bagi tempoh lima tahun untuk inisiatif Dana Impak kami, yang telah melancarkan program-program seperti Future Malaysia Programme (FMP) yang bermatlamat untuk menyokong ekosistem pemula tempatan, dan Future Malaysia Skills (FMS) yang tertumpu kepada pembangunan aliran bakat yang mampan melalui pelaburan terhadap peningkatan kemahiran dan kemahiran semula tenaga kerja dalam negara. Kami juga berbesar hati dengan perhatian daripada Perdana Menteri apabila PolicyStreet disebut, sebuah syarikat penerima pelaburan kami melalui Dana Impak yang giat menyediakan penyelesaian insurans untuk mereka yang kurang mendapat tumpuan perkhidmatan.
Tambahan lagi, beberapa hari yang lalu pada 25 Julai 2023, Khazanah telah mengorak satu lagi langkah ke hadapan dengan pelancaran Cabaran Inovasi Impak Khazanah (KIIC) 2023 yang memberi tumpuan kepada 'Menangani Cabaran Iklim demi Keterjaminan Makanan di Malaysia', sejajar dengan isu-isu kritikal yang disampaikan oleh Perdana Menteri. Inisiatif ini menggalakkan perniagaan-perniagaan Malaysia untuk membangunkan penyelesaian inovatif bagi meningkatkan keterjaminan makanan di negara ini.
Khazanah juga menyokong penuh pandangan Perdana Menteri untuk meningkatkan lagi perspektif serantau terhadap ekonomi Malaysia. Oleh itu, kami akan terus menumpukan usaha terhadap pengukuhan syarikat-syarikat portfolio pelaburan kami dan mengembangkan kehadiran global melalui peranan sebagai pemain korporat yang aktif. Kami berusaha untuk menjana pertumbuhan yang mampan dalam syarikat-syarikat pelaburan untuk memastikan daya saing di peringkat global. Inisiatif utama untuk Khazanah khususnya, adalah menerajui usaha pembinaan negara secara usahasama dengan UEM Group melalui platform pelaburan hijau baharu, bagi memacu agenda penyahkarbonan Malaysia dan memupuk ekonomi yang lebih hijau. Platform ini juga bertujuan untuk membuka kunci nilai dalam portfolio Khazanah yang sedia ada, mencapai pulangan komersial melalui pelaburan baharu dan kerjasama dengan syarikat tempatan dan antarabangsa yang berpotensi tinggi.
Komitmen Khazanah melangkaui perihal kewangan. Bersama entiti gabungan kami, Yayasan Hasanah, Khazanah Research Institute dan Think City, kami bersedia untuk menyokong penciptaan impak sosioekonomi yang lebih bermakna untuk rakyat. Antara inisiatif-inisiatif yang disebutkan dalam peluncuran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat termasuk pemulihan dan pemuliharaan bangunan warisan bersejarah seperti bangunan ikonik Sultan Abdul Samad, yang diterajui oleh kami dengan kerjasama Think City. Selain itu, kami berbangga untuk bekerjasama dengan Yayasan Hasanah bagi melaksanakan tanggungjawab korporat dalam menangani isu masyarakat, sosial dan alam sekitar yang mendesak di Malaysia. Dalam bidang penyelidikan, Khazanah Research Institute (KRI) akan terus melaksanakan penyelidikan pembangunan ekonomi dan cadangan dasar untuk negara.
Khazanah kekal yakin terhadap prospek masa hadapan Malaysia dan kami kekal teguh dalam menyumbang kepada pembangunan Malaysia. Dalam usaha untuk maju ke hadapan dan menyahut seruan Perdana Menteri, kami menjemput semua pihak berkepentingan – awam, swasta, para dermawan dan yang paling utama, rakyat Malaysia – untuk menyertai kami dalam merealisasikan visi 'Ekonomi MADANI'. Bersama-sama, kita mampu memastikan masa hadapan yang mampan, bertenaga dan ekonomi berdaya tahan yang memberi manfaat kepada Malaysia dan segenap rakyat.
Kenyataan Media
Thu Jul 27 2023
Khazanah kekal yakin terhadap prospek masa hadapan Malaysia dan kekal teguh dalam menyumbang kepada pembangunan Malaysia.
AWANI Borneo [15/12/2024] - Kenalan lelaki mangsa direman | Apa impak langkah SAPP? | 11 projek sakit di Sarawak
AWANI Borneo Ahad, 15 Disember 2024 bersama Nickyson Nyambar
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Wanita hilang sepuluh hari ditemui tidak bernyawa dalam kereta
Tindakan SAPP keluar pn, apa reaksi Ronald Kiandee dan Bung Moktar?
Masalah kontraktor antara punca projek sakit di Sarawak
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Penswastaan MAHB tidak jejas keselamatan negara - PM
Kerajaan menegaskan tidak akan berkompromi dalam isu keselamatan, walaupun selepas pengambilalihan dan penswastaan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) dimuktamadkan.
Isu FashionValet: GLIC, Khazanah, PNB tambah baik tatakelola proses penilaian pelaburan - Menteri
GLIC termasuk Khazanah Nasional Bhd dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan terus melaksanakan penambahbaikan tatakelola dari segi proses penilaian pelaburan dan pemantauan berterusan.
Aliran tunai FashionValet, SPRM rakam percakapan empat lagi individu
SPRM akan merakam percakapan empat lagi individu dalam menjalankan siasatan berhubung aliran tunai yang diterima pengasas FashionValet.
Khazanah, PNB akui pelaburan tidak selari dengan unjuran pulangan FashionValet - Amir Hamzah
Amir Hamzah berkata, isu FashionValet tidak akan menjejaskan keinginan Khazanah untuk terus melabur dalam syarikat pemula.
Op Favish: Proses rekod keterangan Vivy, suami bersambung hari ini
Pasangan pengasas FashionValet yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah PNB menyambung memberikan keterangan hari ini.
Op Favish: Siasatan pasangan Vivy, suami dijangka ambil sedikit masa lagi - Azam Baki
Siasatan terhadap pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar dijangka mengambil sedikit masa.
Op Favish: Pengasas FashionValet, Vivy dan suami beri keterangan lebih lima jam
Pengasas FashionValet, Datin Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar meninggalkan Ibu Pejabat SPRM selepas lima jam memberi keterangan hari ini.
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Op Favish: Vivy dibawa keluar dari bangunan SPRM, Fadza masih di dalam
Selepas dua jam, pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dilihat meninggalkan bangunan tersebut sekitar jam 4.05 petang.
Op Favish: Vivy, Fadza sambung beri keterangan berhubung kerugian FashionValet
Pengasas FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar menyambung sesi keterangan di SPRM berhubung kerugian pelaburan Khazanah dan PNB.