awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Khidmat Ahmad Idham, Eizlan Yusof di Kementerian Luar ditamatkan - Laporan

Astro Awani
Astro Awani
03/03/2022
13:50 MYT
Khidmat Ahmad Idham, Eizlan Yusof di Kementerian Luar ditamatkan - Laporan
Ahmad Idham dan Eizlan dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu dengan pelantikan itu diumumkan sendiri oleh Saifuddin. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Khidmat Ahmad Idham Ahmad Nazri dan Datuk Seri Eizlan Yusof, masing-masing sebagai Setiausaha Kebudayaan dan Perunding Kreatif di Kementerian Luar, sudah ditamatkan.
Sinar Daily melaporkan, perkara itu disahkan oleh Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, yang memberitahu kontrak kedua-dua mereka telah ditamatkan.
Bagaimanapun, Saifuddin enggan mengulas mengenai punca penamatan kontrak kedua-dua mereka.
“Saya tiada sebarang komen mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Daily.
Kedua-dua pelakon tersebut dilantik memegang jawatan tersebut pada 1 November tahun lalu dengan pelantikan itu diumumkan sendiri oleh Saifuddin.
Sebelum memegang jawatan Setiausaha Kebudayaan, Ahmad Idham merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pebadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas).
Saifuddin dilapor berkata, Ahmad Idham dilantik kerana berpengalaman luas selama 25 tahun dalam industri kreatif, termasuk memenangi anugerah antarabangsa di Pesta Filem Chunsa Korea pada 2018.
Eizlan pula, katanya tidak asing dalam industri dan pernah berkhidmat dalam pelbagai kapasiti serta memenangi pelbagai anugerah di peringkat tempatan dan antarabangsa.
Topic Berkaitan
#Kementerian Luar Negeri
#Saifuddin Abdullah
#Ahmad Idham Ahmad Nazari
#Eizlan Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan