Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo hari ini menafikan laporan beliau ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika menyogok anggota perwakilan Umno di Sungai Besar pagi ini.
"Saya berada di Shah Alam hari ini...saya bawa anak ke klinik. Saya tidak balik pun ke Sungai Besar hari ini," katanya di sini.
Dr Mohamad Khir yang juga bekas Ketua Bahagian Umno Sungai Besar itu berkata beliau dimaklumkan mengenai laporan itu oleh ibunya, yang menyangka beliau ditahan SPRM.
Beliau turut mendapat panggilan daripada rakan-rakannya yang bertanyakan mengenai laporan itu.
Menurutnya beliau tidak menghadiri mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Sungai Besar kerana tidak lagi bertanding mana-mana jawatan dalam bahagian.
Selain itu, beliau mahu mengelak kekecohan jika hadir kerana difahamkan ada pihak yang tidak menyenangi kehadirannya di sana.
Pertandingan Ketua Bahagian Sungai Besar kali ini menyaksikan pertembungan pengusaha Restoran Sekinchan Ikan Bakar dan Ketua Umno Cawangan Tali Air 7, Sungai Leman Datuk Jamal Md Yunos dan Naib Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Mardi Sukir.
Bernama
Sat Oct 19 2013
Kelantan: 70 peratus kemalangan maut babit penunggang, pembonceng motosikal
70 peratus kes kemalangan maut yang dicatat berlaku dari 1 hingga 26 April di Kelantan, membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal.
[TERKINI] WEF | Pembangunan dunia yang tidak seimbang, Apa Solusi?
Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Arab Saudi merungkai masalah ekonomi dan ketidakseimbangan pembangunan yang sedang melanda dunia. Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Kewangan Arab Saudi, Mohammed Al-Jadaan berada sepentas merungkai masalah dunia yang memberi impak kepada semua negara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH, PN bertembung ketika kempen
Dua calon yang bersaing bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini bertembung buat kali pertama sejak hari penamaan calon semalam.
AWANI Ringkas: 1MDB - Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Gempa bumi Indonesia, Tasikmalaya paling terjejas
Sekurang-kurangnya empat orang cedera dan 27 keluarga lagi terkesan selepas satu gempa bumi dengan magnitud 6.2 melanda Daerah Garut di Jawa Barat pada pukul 11.29 pagi waktu tempatan, Ahad.
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
PRU15: Mohamad Khir berhasrat tanding di Parlimen Sungai Besar
Katanya, kerusi itu mampu dimenangi BN berdasarkan kepada penerimaan dan sokongan kuat masyarakat tempatan terhadapnya.
Khir Toyo nasihat Dr Mahathir
Bekas menteri besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo mendakwa, Dr Mahathir dikelilingi menteri yang hanya hebat di mulut tetapi gagal dalam melaksanakan sebarang tindakan.
Nor Hisham sebak terkenang peristiwa 'penyapu'
Katanya ketika itu MDHS mencapai kutipan cukai yang tidak memuaskan iaitu kurang daripada 40 peratus pada tahun 2006.
Khir Toyo, isteri tarik balik permohonan perintah lucut hak
Panel hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara Tan Sri Md Raus Sharif kemudian membatalkan permohonan pasangan itu.
Bekas MB Selangor Dr Khir Toyo berkahwin lagi
Difahamkan Dr Mohamad Khir dan pasangannya Christine Zanitrah melangsungkan perkahwinan mereka di satu majlis dalam negara.
Khir Toyo tarik balik saman fitnah berhubung isu banglo
Mahkamah Tinggi di sini membatalkan saman fitnah RM10 juta oleh bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo.
Khir Toyo nafi ditahan SPRM
Khir Toyo menafikan laporan beliau ditangkap SPRM ketika menyogok anggota perwakilan Umno di Sungai Besar pagi tadi.