awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kilang gaji PATI diserbu, 45 ditahan Imigresen

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
27/09/2022
11:31 MYT
Kilang gaji PATI diserbu, 45 ditahan Imigresen
Kesemua PATI yang berusia antara 20 hingga 35 tahun yang ditahan merupakan pekerja di kilang tersebut. - Gambar/ JIM
BUKIT MERTAJAM: Seramai 45 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dalam serbuan di dua buah kilang di Kawasan Perindustrian Juru, di sini, hari ini.
Dalam serbuan kira-kira jam 10.40 pagi itu, kesemua PATI yang berusia antara 20 hingga 35 tahun yang ditahan merupakan pekerja di kilang tersebut.
Menurut Pengarah JIM Pulau Pinang, Shah Inor Shah budin, serbuan dilakukan di kilang pembuatan plastik dan kotak yang didakwa beroperasi dengan menggajikan pekerja asing.
"Mereka ditahan selepas didapati melakukan kesalahan antaranya tiada dokumen perjalanan yang sah, penyalahgunaan pas lawatan dan tinggal di negara ini melebihi masa," katanya di sini, hari ini.
Menurut Shah Inor, dalam operasi selama dua jam itu, tujuh pekerja bertindak agresif dengan cuba melarikan diri ke kawasan semak berdekatan kilang namun berjaya ditahan.
Katanya, ketika disoal siasat, mereka enggan mendedahkan maklumat bagaimana memasuki negara ini.
Beliau berkata, 16 PATI disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963, manakala 29 lagi mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.
Kesemua PATI tersebut dihantar ke Lokap Penguat Kuasa Pejabat Imigresen Seberang Jaya untuk siasatan lanjut.
Topic Berkaitan
#jabatan imigresen
#pulau pinang
#pati
#serbuan kilang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan