TAIPING: Sebuah kilang kain di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taiping, Rafeel Hairul Richard berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kebakaran terbabit pada jam 3.30 petang.
Menurutnya, sebaik pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, didapati api sedang marak membakar keseluruhan bangunan kilang itu.
Bomba berjaya mengawal kebakaran kira-kira 30 minit bagi mengelakkannya merebak ke bangunan bersebelahan.
"Kebakaran itu membabitkan kilang berkeluasan 30.5 x 30.5 meter persegi. Kerja-kerja pemadaman api sedang dijalankan," katanya di sini.
Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan ketika kejadian kilang berkenaan tidak beroperasi.
Kira-kira 130 anggota dan pegawai digerakkan bagi operasi pemadaman itu.
Operasi turut membabitkan BBP Kamunting, Bagan Serai, Batu Kurau dan Kuala Kangsar serta dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS).
Abd Razak Mohd Ali
Sun Sep 26 2021
Sebuah kilang kain di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini. - Foto ihsan JBPM
Mahkamah tolak permohonan 186 pekebun durian Musang King
Mahkamah Tinggi menolak permohonan 186 pekebun durian Musang King di Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman bagi notis pengosongan tanah.
Nahas helikopter Lumut: Jenazah dibawa ke lokasi pengebumian
Lapan jenazah anggota TLDM selesai disolatkan di Batalion Kedua Rejimen Renjer Diraja kira-kira jam 5.40 petang pada Rabu.
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Kilang kain di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai musnah terbakar
Sebuah kilang kain di Kawasan Perindustrian Ringan Tupai, dekat sini, musnah dalam kebakaran hari ini.