NIBONG TEBAL: Sebuah kilang penyimpanan minyak sawit di Sungai Jawi di sini musnah dalam kebakaran tengah malam Rabu dan memerlukan pasukan bomba menjalankan proses 'overhaul' sehingga pagi esok bagi memastikan tiada kebakaran lain berlaku di situ.
Ketua Balai Bomba Nibong Tebal Noor Asfariza Mohamad Abdul Kadir berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah malam membabitkan kebakaran kilang itu yang dianggarkan berkeluasan kira-kira 4,150 meter persegi.
"Sebaik pasukan bomba tiba di kilang tersebut, kami mendapati api sedang marak membabitkan sebuah kilang tempat penyimpanan bahan mentah minyak kelapa sawit dan api berjaya dipadamkan kira-kira lima jam kemudian.
"Kebakaran itu telah menyebabkan kemusnahan hampir keseluruhan kilang itu dan pihak bomba berjaya mengawal api daripada merebak di kawasan tersebut namun kerja-kerja bagi mengawal kebakaran daripada merebak (overhaul) masih dijalankan dan ia dijangka diteruskan sehingga awal pagi Jumaat," katanya ketika dihubungi pada Khamis.
Beliau berkata kebakaran itu tidak mengakibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dan sehingga kini punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.
Noor Asfariza berkata keadaan terkawal ketika ini dan sebanyak lapan jentera bomba berada di lokasi kejadian bagi membuat kerja-kerja overhaul memandangkan kawasan kebakaran membabitkan kilang penyimpanan minyak sawit maka terdapat sekam (hampas kelapa) dan bomba perlu memastikan tiada bara api pada sekam berkenaan yang boleh menyebabkan kebakaran berlaku semula.
Katanya, keluasan kawasan kebakaran itu juga amat besar dan ia diburukkan dengan angin kuat di lokasi kejadian yang dibimbangi boleh menyebabkan berlaku kebakaran lain jika tidak dikawal dengan rapi.
"Pasukan bomba juga memerlukan tempoh masa yang lama untuk proses overhaul disebabkan faktor tekanan air yang rendah di kawasan itu dan angin kuat sejak tengah malam semalam hingga sekarang," katanya.
Puluhan jentera bomba berada di kilang itu bagi menjalankan operasi memadam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan premis berkenaan kira-kira pukul 12.30 tengah malam semalam.
Ratusan pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Nibong Tebal, BBP Sungai Bakap, Perai dan Bayan Baru serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berhampiran ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran itu.
Sebelum itu, penduduk berdekatan kilang berkenaan gempar selepas melihat api marak sehingga menjulang ke udara malah kepulan asap boleh dilihat dari Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) yang bersebelahan dengan lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 22 2021
Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.34 tengah malam membabitkan kebakaran kilang itu. - Foto Sinar Harian
Malaysia, Jepun perkukuh kerjasama strategik dalam sektor binaan - Nanta
Kerajaan Malaysia dan Jepun memperkukuhkan kerjasama strategik dalam sektor teknologi dan digitalisasi pembinaan, infrastruktur jalan, pengurusan bencana dan cerun.
Bangkai, serpihan helikopter terhempas dibawa keluar dari lokasi nahas
Operasi membawa keluar bangkai dan serpihan pesawat HOM (M503-3) dan Fennec (M502-6) itu dimulakan pada jam 9 pagi pada Khamis dan selesai sekitar jam 4.30 petang tadi.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
Niaga AWANI: Meta turunkan jangkaan untuk hasil suku kedua
Meta meramalkan pendapatan suku kedua mungkin berada di bawah jangkaan pasaran, menandakan kemungkinan semakan mengenai teknologi AI baharu yang boleh meningkatkan perniagaan syarikat.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Dunia siber yang selamat perlu input wanita - Nurul Izzah
Nurul Izzah berkata, sasaran dunia siber yang lebih selamat memerlukan input daripada wanita untuk memahami cara bagi membolehkan ekosistem selamat diwujudkan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: Chongqing percepat usaha jadi hab utama barat daya China
Hab logistik di Chongqing memainkan peranan penting dalam membina zon ekonomi Chengdu-Chongqing, dan mewujudkan kawasan hab kawasan pedalaman yang terkemuka.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Niaga AWANI: MRANTI pertingkat kerjasama bidang teknologi, inovasi
Antara lima bidang utama kerjasama tersebut meliputi pertukaran kakitangan dan perkongsian pengalaman pembangunan.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang Joanna Felicia diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
Polis buka kertas siasatan komen jelik
Polis membuka kertas siasatan ke atas pemilik akaun Twitter Saifuddin Shafik berhubung komen jelik yang dimuat naik dalam media sosialnya itu membabitkan nahas helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak yang mengorbankan 10 mangsa.
Niaga AWANI: Inflasi Malaysia kekal 1.8 peratus pada Mac 2024 - DOSM
Bagi inflasi di peringkat negeri, kebanyakan negeri merekodkan peningkatan di bawah paras inflasi nasional 1.8 peratus.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
10 peratus daripada 1,900 premis di Selangor tidak patuhi piawaian FC
Selain tidak melaksanakan latihan kebakaran, premis berkenaan juga didapati tidak akur dari segi piawaian pengubahsuaian bangunan.
Tujuh blok rumah pekerja kilang di Kalabakan musnah terbakar
Tujuh blok rumah pekerja kilang papan yang mempunyai keseluruhan 130 pintu musnah dalam kebakaran di Jalan Brantian, Kalabakan awal pagi tadi.
JAS, Kualiti Alam pantau udara di lokasi kebakaran kimia
Penyiasatan tambahan sedang dijalankan untuk mengenal pasti punca sebenar kebakaran.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Gudang sisa bahan kimia di Bukit Pelanduk musnah dalam kebakaran
Gudang di Pusat Kualiti Alam tersebut berkeluasan 100x100 kaki persegi itu musnah sama sekali.
Lelaki warga emas maut dalam kebakaran di Klang
Seorang lelaki warga emas maut manakala adiknya terselamat dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah Kelas C, di Jalan Kereta Api Lama Batu 9, Klang, Selangor malam tadi.
14 rumah musnah dalam kebakaran di Nabawan
Pasukan bomba daripada BBP Sook, Keningau dikerah ke lokasi kejadian yang terletak 89km selepas menerima panggilan pada 9.16 pagi.
KKM lulus peruntukan bina bangunan baharu Klinik Kesihatan Tangkarason, Beluran
Peruntukan itu juga termasuk bagi kerja-kerja pembaikan kecil Dewan Kampung Tangkarason yang bernilai RM50,000.
SESB rugi RM40 juta dalam kebakaran stor kabel
Kabel itu adalah untuk diagihkan ke seluruh negeri, kebanyakannya digunakan membuat penyambungan bekalan elektrik ke rumah pengguna.
Cuaca panas: Lebih 500 kebakaran direkodkan dalam tempoh tiga bulan - Bomba Kelantan
Peningkatan lebih 50 peratus itu agak membimbangkan dan dikenal pasti susulan cuaca panas serta kemarau yang melanda kira-kira dua bulan lepas.