JOHOR BAHRU: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 52 warga asing dan dua warga tempatan, dalam Op Mahir di kilang aluminium dan kilang roti di sekitar Iskandar Puteri, di sini, semalam.
Pemangku Pengarah JIM negeri Mohd Faizal Shamsudin berkata serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Beliau berkata tindakan penguatkuasaan itu diambil, susulan aduan awam berhubung warga asing yang bekerja tanpa pas atau permit, serta tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.
"Mereka yang ditahan di kilang aluminium terdiri daripada 10 lelaki Pakistan, sembilan lelaki Bangladesh, empat lelaki China dan tiga lelaki Myanmar, berusia dalam lingkungan 20 tahun hingga 46 tahun.
"Turut ditahan seorang wanita tempatan berumur 43 tahun yang merupakan pengurus kilang berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Faizal berkata tangkapan di kilang roti pula melibatkan 14 lelaki dan sembilan wanita Myanmar, dua lelaki Pakistan dan seorang lelaki Nepal, berumur antara 21 tahun hingga 42 tahun.
Beliau berkata pihaknya turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun, yang merupakan pengarah syarikat tersebut.
"Kesemua warga asing yang ditahan dipercayai dengan munasabah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155), serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
"Sebanyak tiga notis hadir ke pejabat telah dikeluarkan bagi membantu siasatan dan kesemua tahanan ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika, untuk siasatan dan tindakan lanjut," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 09 2024
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi. - Facebook Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Johor
Tingkat kompetensi, bomba hantar pasukan Hazmat ke China
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menghantar Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) ke China untuk mendalami ilmu baharu tentang hidrogen.
Dua lelaki mengaku bersalah cuba ceroboh Istana Negara
Dua lelaki yang cuba memasuki Istana Negara dan mendakwa mahu berjumpa Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, pada Jumaat didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pada Isnin.
Habitat asal perlu dikekalkan & dipelihara
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak tidak bersetuju untuk memperkenalkan diplomasi orang utan kepada negara dagang sawit kerana ia bukan situasi terbaik bagi mamalia berkenaan.
Jenazah Faridah dijangka tiba di Kedah Rabu ini
Jenazah Pegawai Tidak Tauliah Kanan daripada Batalion Malaysia 850-11 (MALBATT 850-11) Sarjan Faridah Abd Rahman dijangka dibawa pulang ke tanah air Rabu ini.
Pantau Agenda Reformasi: Helikopter terhempas – Kesan diplomasi susulan kematian Presiden Iran
Iran isytihar berkabung, Mokhber dilantik Presiden sementara
Ayatollah Khamenei menyatakan kesedihan mendalam atas pemergian Raisi dalam insiden tragis pada Ahad.
Portal UP_TVET mudahkan proses permohonan - Ahmad Zahid
Saluran permohonan untuk mengikuti kursus TVET kini dipermudahkan kepada satu saluran tunggal iaitu portal UP_TVET.
Fadillah, Elon Musk hadiri mesyuarat kepimpinan tertinggi Forum Air Dunia
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof menyertai pemimpin dunia di mesyuarat kepimpinan tertinggi di Forum Air Dunia (WWF) ke-10.
Ceroboh Istana Negara, dua lelaki mengaku bersalah di mahkamah
Datuk Rusdi Mohd Isa berkata kedua-dua lelaki tersebut telah mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 447/511 Kanun Keseksaan.
Pusat Pemeriksaan Woodlands, Tuas dijangka sesak sempena cuti Wesak, sekolah
Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA) menjangkakan "kesesakan lalu lintas yang tinggi" di Woodlands dan Tuas menjelang dan sepanjang tempoh cuti dari 21 Mei hingga 23 Jun.
Kilang roti dan aluminium diserbu Imigresen, 52 warga asing ditahan
Serbuan secara berasingan itu, dilakukan sepasukan pegawai daripada Bahagian Penguat Kuasa, kira-kira pukul 11 pagi.
Perdana Menteri tegur imigresen isu kesesakan pelancong di pintu masuk
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menegur Jabatan Imigresen berhubung isu kesesakan di pintu masuk negara khususnya di lapangan terbang.
Tiada tindakan pemandu pengangkutan awam bawa warga asing
Jabatan Imigresen Malaysia tidak mengenakan sebarang tindakan kepada pemandu kenderaan awam yang tidak mengetahui status warga asing yang menggunakan perkhidmatan mereka.
Imigresen bongkar kegiatan palsu dokumen didalangi warga Pakistan
Anggota operasi menemukan peralatan elektronik antaranya komputer riba, mesin pencetak dan 246 keping kad plastik keras yang belum bercetak.
Wanita dalang 'pasport terbang' China ditahan
Jabatan Imigresen Johor berjaya menumpaskan sindiket 'pasport terbang susulan penahanan seorang wanita tempatan menerusi Ops Serkap pada Isnin.
Pelan liberalisasi visa: JIM kekal NTL, SOP kemasukan pelancong
Proses pemberian Notis Penolakan Masuk (NTL) dan prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai bagi pelancong ke Malaysia kekal dan tidak akan dikompromi.
Suami isteri Rohingya dicekup dalang sindiket palsu surat UNHCR
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) membongkar sindiket pemalsuan surat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Simpang Empat, di sini semalam.
'Sebagai orang kenamaan, King Sing seharusnya lebih menghormati undang-undang negara' - KPISM
KPISM kesal dengan tuduhan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing berhubung anggota imigresen yang terlibat rasuah.
'Penyebaran video sengaja untuk tutup kesalahan, aktiviti rasuah di KLIA' - King Sing
King Sing akan merujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat dalang penyebaran video berkenaan.
136 kes pegawai imigresen terlibat jenayah, salah laku
Sebanyak 136 kes melibatkan pegawai imigresen telah disiasat dan didapati melakukan kesalahan jenayah dan salah laku melibatkan proses kemasukan warga asing ke Malaysia, sejak 2020 hingga tahun lepas.