awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
48 kedai musnah dalam kebakaran di Pasar Chatuchak
Malaysia runding terma MoU tarif Amerika Syarikat - Mohamad Hasan
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimanis Memilih: Mohamad Hasan digesa mohon maaf - Shafie

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
10/01/2020
09:32 MYT
Kimanis Memilih: Mohamad Hasan digesa mohon maaf - Shafie
Menurut Mohd Shafie, surat tersebut telah dihantar pada Jumaat ke Pejabat UMNO dan kediaman Mohamad. - Gambar fail/Astro AWANI
Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal memaklumkan telah mengarahkan wakil guaman menghantar surat menggesa Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengemukakan permohonan maaf.
Ia susulan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu didakwa mengeluarkan kenyataan mengguris hati rakyat Sabah.
Menurut Mohd Shafie, surat tersebut telah dihantar pada Jumaat ke Pejabat UMNO dan kediaman Mohamad.
“Jangan sebut rakyat Malaysia seperti itu, kita membina negara dalam pelbagai kaum.
“Jangan seakan-akan mengenepikan kita di Sabah seolah bukan sebahagian dari rakyat Malaysia,” katanya ketika ditemui pemberita di Pusat Daerah Mengundi (PDM) di sini, hari ini.
Jelas Ketua Menteri Sabah itu, Mohamad tidak seharusnya menggunakan cara kempen yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat di negara ini.
“Saya bekas menteri perpaduan di negara kita dan saya tahu apa peranan dan keadaan.
“Kita sedang membina negara bukan membina bangsa. Kita bukan membina bangsa dan agama sebaliknya negara.
“Negara bukan hanya satu kaum dan bukan hanya persoalan Bumiputera. Negara ini berdiri bukan atas tiang satu Bumiputera, namun berbagai kaum,” jelasnya.
Terdahulu, Mohamad ketika menyampaikan ceramah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis didakwa menyifatkan baju biru (Barisan Nasional) sebagai rakyat Malaysia, sementara baju putih (Warisan) sebagai warga Filipina.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#bekas Menteri Besar Negeri Sembilan
#Kimanis Memilih
#Mohamad Hasan
#Mohd Shafie Apdal
#Pakatan Harapan
#Presiden Warisan
#PRK Kimanis
#Timbalan Presiden UMNO
#Tok Mat
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan