awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kimanis Memilih: Polis jamin keselamatan terkawal

Ruzaini Zulkepli
Ruzaini Zulkepli
17/01/2020
06:35 MYT
Kimanis Memilih: Polis jamin keselamatan terkawal
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan melibatkan 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi. - Gambar fail/BERNAMA
Polis menjangkakan tahap keselamatan sepanjang proses pengundian esok adalah terkawal.
Ketua Polis Daerah Beaufort, Deputi Superintendan Azmir Abdul Razak berkata, pihaknya akan melakukan sedaya mungkin untuk meningkatkan kawalan bagi mengelak sebarang insiden tidak diingini.
Beliau berkata, seramai 859 pegawai dan anggota pelbagai cawangan akan bertugas sepanjang tempoh tersebut termasuklah memastikan kelancaran proses pemindahan peti ke pusat pengiraan undi.
"Keanggotaan trafik kita maksimumkan 100 orang lebih, untuk memastikan laluan lancar dan juga keselamatan dan juga petugas-petugas ini dari PDM ke tempat pengiraan undi di Dewan DUN Banir.
"Kita tutup laluan di hadapan dewan itu sahaja, kita kira sebagai laluan alternatif, saya jangkakan tidak menggangu lalu lintas," katanya kepada pemberita di pejabatnya, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Beaufort, pada Jumaat.
Pilihan Raya Kecil (PRK) Kimanis kali ini menyaksikan seramai 29,618 jumlah pengundi untuk kerusi Parlimen berkenaan melibatkan 68 saluran dan 19 buah pusat mengundi.
"Esok juga kita akan memastikan jalan Beaufort ini jalan utama untuk Borneo ini, iaitu dari Sarawak dan negara Brunei itu sendiri, ini adalah jalan utama.
"Kita cuba sebaik mungkinlah, jika ada kesesakan mohon semua pengguna jalan raya bersabarlah kita faham beberapa lokasi PDM-PDM di tempat mengundi ini di tepi jalan utama," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmir Abdul Razak
#keselamatan
#Ketua Polis Daerah Beaufort
#Kimanis Memilih
#Parlimen
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#polis
#PRK Kimanis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan