awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sekatan ke luar negara hanya kepada peminjam PTPTN berpendapatan tinggi yang culas
Kuala Lumpur dipacu sebagai bandar pintar berpaksikan rakyat - Hannah
Reman lelaki disyaki bunuh ibu disambung tujuh hari lagi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kira-kira 80,000 kanak-kanak di Malaysia perlukan penjagaan paliatif - Dr Adham Baba

Bernama
Bernama
06/04/2021
20:25 MYT
Kira-kira 80,000 kanak-kanak di Malaysia perlukan penjagaan paliatif - Dr Adham Baba
Dr Adham berkata perancangan perkhidmatan perubatan paliatif pediatrik akan diteruskan dalam RMK12 dengan mengembangkannya secara wilayah ke Pulau Pinang dan Sabah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kira-Kira 80,000 atau 0.29 peratus kanak-kanak di Malaysia memerlukan penjagaan paliatif, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata sebanyak 28.5 daripada 10,000 populasi kanak-kanak dari usia 0-18 tahun atau 25,000 ke 30,000 kanak-kanak di negara ini menghidap penyakit kronik atau boleh membawa maut yang memerlukan penjagaan paliatif spesifik.
"Penjagaan paliatif yang spesifik ini termasuklah penjagaan paliatif sepenuh masa, koordinasi dan pengurusan komprehensif antara kumpulan multidisiplin yang merawat serta memberi sokongan kepada ahli keluarga untuk menghadapi proses kedukaan dan kehibaan," katanya ketika melancarkan 'Handbook Of Children's Palliative Care Malaysia' secara maya pada Selasa.
Dr Adham juga berkata kementerian berdepan cabaran besar untuk memantapkan lagi perkhidmatan perubatan paliatif pediatrik memandangkan perancangan perkhidmatan ini akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 dengan mengembangkannya secara wilayah ke Pulau Pinang dan Sabah.
Beliau berkata Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan 2019-2030 turut menggariskan dan memberi fokus kepada penyediaan rawatan secara holistik untuk kumpulan pesakit dengan jangka hayat yang singkat.
Ia termasuk kanser, penyakit genetik dalam kalangan bayi pramatang seperti fibrosis sista dan distrofi otot Duchenne serta gagal organ tetap seperti penyakit jantung dan buah pinggang.
Katanya penjagaan paliatif dalam kalangan pesakit dewasa kini mempunyai 25 pakar manakala bagi kanak-kanak pula, KKM hanya mempunyai seorang pakar pediatrik paliatif, tiga pakar pediatrik dengan minat khusus dan dua lagi adalah pakar pediatrik paliatif di Pusat Perubatan Universiti Malaya serta Hospital Sains Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#bayi
#kesihatan
#perubatan
#paliatif
#maut
#keluarga
#Adham Baba
#Pelan Strategik Penjagaan Paliatif Kebangsaan
#Kanak-kanak
#penyakit kronik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan