JAKARTA: Kisah anak pekerja Indonesia Rohana Abdullah yang diasuh wanita Malaysia berlainan bangsa tular di pelbagai platform media di republik itu sehingga kini dan mengundang simpati masyarakat Indonesia.
Apatah lagi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sendiri memberikan perhatian segera dengan menghubungi Rohana dan berjanji membantu menguruskan dokumentasi status kewarganegaraan beliau.
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) Indonesia menyokong sepenuhnya inisiatif perdana menteri, yang juga sebahagian daripada usaha dalam mengukuhkan lagi hubungan Malaysia-Indonesia terutama dalam soal kemanusiaan yang sangat universal.
"Saya terharu dengan kisah Rohana dan sangat menghargai usaha perdana menteri dan kerajaan Malaysia apabila dapat sepenuhnya membantu Rohana sehingga dia mendapatkan statusnya yang pasti," kata Ketua ISWAMI Indonesia, Asro Kamal Rokan.
BACA: "Saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran Isnin ini," kata PM kepada Rohana
ISWAMI Indonesia turut memuji dan menzahirkan rasa hormat kepada Chee Hoi Lan, 83, guru tadika di tempat ibu Rohana bekerja sebagai kakitangan pembersihan kerana menjaga Rohana seperti anak sendiri sehingga kini.
"Ini soal kemanusiaan yang menjadi perhatian kita bersama," kata Asro kepada Bernama hari ini ketika diminta mengulas mengenai laporan akhbar Harian Metro di Malaysia yang mendedahkan dilema yang dihadapi Rohana kerana tidak mempunyai status warganegara.
Rohana ketika berusia dua bulan ditinggalkan ibunya 22 tahun lalu di tadika yang terletak di ibu kota Kuala Lumpur kerana terpaksa pulang ke kampung halaman di Indonesia.
Chee menanggung segala keperluan Rohana dengan wang simpanannya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain bagi memastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim.
Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata siasatan menyeluruh akan dilakukan sebelum dokumen identiti diberikan kepada Rohana.
Beliau turut difahamkan bapa kepada gadis itu adalah warganegara.
Kisah Rohana turut mengundang pelbagi komen positif warga Indonesia termasuk pengamal media sambilan di Jakarta, David Andreas, yang menyatakan perjalanan hidup Chee dan Rohana berdua sangat mengharukan.
"Patut menjadi contoh ketika perbezaan tidak menjadi halangan bagi sesiapapun untuk berbuat baik dan bersatu," katanya, sambil berharap kebaikan Chee akan dikenang dan semoga Rohana dapat bertemu dengan ibunya hasil berita yang viral di seluruh republik.
"Terharu membaca cerita ini, Rohana harus bersyukur mendapat ibu angkat yang baik hati," kata kerani pentadbiran, Herning Rini.
"Semoga urusan status (kerakyatan) dan mencari ibu kandungnya dipermudahkan."
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 17 2022
Chee menanggung segala keperluan Rohana dengan wang simpanannya sendiri termasuk menghantarnya ke Kelas Asas Fardu Ain bagi memastikan dia terjaga sebagai seorang Muslim. - Gambar/ Facebook @Gulam Muszaffar
Tak tinggal sebumbung, Nora Danish akui rumah tangga bergolak
Nora mengakui rumah tangga yang dibina tujuh tahun lalu goyah, namun mereka berdua sedang berusaha untuk menangani kemelut tersebut.
Penolong pegawai perubatan didenda RM3,000 terima rasuah urus jenazah
Seorang penolong pegawai perubatan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh didenda RM3,000 kerana menerima rasuah berkaitan kerja pengurusan jenazah.
KBS laksana kajian impak penganjuran Sukan SEA 2027
Mesyuarat mengenai perkara itu masih berjalan dengan penglibatan pelbagai pihak bagi mengenal pasti kelebihan dan kekurangan.
19 individu ditahan dipercayai terbabit sindiket pelaburan palsu
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan tujuh wanita tempatan serta empat lelaki warga asing berusia antara 16 hingga 38 tahun.
[TERKINI] Selamatkan Gaza: Dialog dua Perdana Menteri di Mesyuarat Khas WEF Arab Saudi
Tiga PM iaitu PM Palestin, Jordan dan Mesir serta wakil PBB di Gaza duduk sepentas berdialog secara langsung mencari formula menyelamatkan Gaza yang menjadi pusat graviti kepada kestabilan rantau Asia Barat.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak - Azalina
Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
Piala Asia B-23: Indonesia tekad roboh benteng kebal Uzbekistan
Bintang skuad Garuda Muda, Witan Sulaeman, teruja dengan peluang untuk melakar lebih banyak sejarah ketika membuat persiapan menghadapi aksi separuh akhir PIala Asia B-23 malam ini.
Airbus RACER helikopter terpantas dunia?
Ketika masih dikenali sebagai pesawat eksperimen X3, ia memegang rekod sebagai helikopter terpantas dengan kelajuan mencecah 472 km/j.
AWANI Ringkas: Letupan bom di Thailand | Hadapi dua pertuduhan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mesyuarat Khas WEF: Tekanan politik dalaman punca Israel ‘menggila’ - PM Jordan, Mesir
Kedua-dua perdana menteri negara Asia Barat itu setuju serangan ketenteraan di Rafah hanya akan memburukkan keadaan yang sudah sedia meruncing.
Wanita Cina besarkan gadis Islam terima Anugerah Maulidur Rasul
Seorang pesara guru tadika berbangsa Cina, Chee Hoi Lan dipilih menjadi penerima Anugerah Maulidur Rasul tahun ini.
Airmata gembira Rohana terima taraf kewarganegaraan
Air mata gembira mengiringi Rohana Abdullah ketika dia melangkah ke atas pentas di Kementerian Dalam Negeri hari ini untuk mendapatkan taraf kewarganegaraannya.
Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah
Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi sijil kerakyatan jika pemohon mempunyai segala dokumen sah yang diperlukan.