awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/01/2022
08:45 MYT
Tiada masalah beri sijil kerakyatan jika dokumen lengkap - Hamzah
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemberian taraf kerakyatan perlu dibuat mengikut undang-undang yang sedia ada di negara ini. - Foto BERNAMA
LARUT: Kerajaan tidak mempunyai sebarang masalah untuk memberi sijil kerakyatan jika pemohon mempunyai segala dokumen sah yang diperlukan.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, pemberian taraf kerakyatan perlu dibuat mengikut undang-undang yang sedia ada di negara ini.
"Bila kita dapat pengakuan dan dokumen yang sah, kita minta mereka buat beberapa perkara seperti ambil sumpah dan barulah saya yakin bahawa mereka memang layak diberikan kerakyatan.
"Saya mengingatkan seluruh rakyat, kalau kita nak beri kerakyataan kepada seseorang, kita kena tengok undang-undang dalam negara jelas. Pertama, anak itu mesti dilahirkan oleh ibu bapa yang sah perkahwinan mereka," katanya ketika ditemui selepas program kenduri rakyat di Kampung Tapah, Selama, Perak pada Sabtu.
Pada majlis itu, Hamzah turut memberikan sijil kelahiran dan kad pengenalan kepada empat remaja yang tidak mempunyai sijil taraf kelahiran dan kad pengenalan kerana perkahwinan yang tidak didaftarkan.
Beliau menasihatkan orang ramai yang berkahwin dengan warga asing supaya mendaftarkan perkahwinan mereka bagi mengelakkan sebarang masalah kepada anak-anak mereka untuk mendapatkan taraf kerakyatan.
Dalam pada itu, kata Hamzah, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk menjalankan siasatan mengenai kes Rohana Abdullah, 22, yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.
BACA: Kisah Rohana tular di Indonesia, undang simpati masyarakat
BACA: "Saya akan hubungi Pejabat Pendaftaran Isnin ini," kata PM kepada Rohana
Sebelum ini media melaporkan, seorang wanita Cina, Chee Hoi Lan, 83, memelihara Rohana, sejak dia berusia dua bulan kerana ibunya pulang ke Indonesia manakala bapanya, seorang warga tempatan, menghilangkan diri.
Topic Berkaitan
#kerakyataan
#dokumen lengkap
#Menteri Dalam Negeri
#KDN
#Hamzah Zainudin
#Rohana Abdullah
#sijil kerakyatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan