Polis Kelantan hari ini memberi penjelasan mengenai kejadian sebenar berhubung kehilangan tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang melarikan diri dari asrama pada 23 Ogos lepas.
MESTI TONTON: [VIDEO] Kronologi penuh kehilangan 7 murid Orang Asli SK Tohoi
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata rentetan kejadian itu bermula pada 22 Ogos apabila sekumpulan 25 murid sekolah itu keluar mandi ke sungai berdekatan pada pukul 1 tengah hari dan pengawal sekolah kemudiannya memaklumkan perkara berkenaan kepada seorang warden.
Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.
"Kira-kira pukul 9 malam, 23 daripada 25 murid berkenaan telah berbincang dan merancang untuk melarikan diri ke kampung mereka iaitu Kampung Penad dan Kampung Gawin pada keesokan pagi," katanya ketika taklimat pada Majlis Penyerahan Sumbangan oleh Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI) Datin Seri Rosmah Mansor di Auditorium Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) di sini, hari ini.
Hadir sama Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil Rakyat Dan Isteri Bekas Wakil Rakyat Barisan Nasional Negeri Kelantan (PENAWAR) Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan/Terengganu, Nik Man Nik Ya dan Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Ahmad Razin Ahmad Mahir.
Mengulas lanjut, Mazlan berkata pada pukul 7 hingga 9 pagi, 23 Ogos pula warden telah membuat pemeriksaan dan mendapati seramai 23 orang murid asrama telah melarikan diri dan warden bersama Pembantu Pengurusan Asrama, pengawal keselamatan dan dua orang penduduk kampung telah mencari murid-murid berkenaan.
"Mereka kemudiannya telah bertemu dengan 16 murid-murid ini di satu lokasi pada pukul 6 petang dan memujuk mereka untuk pulang ke asrama, bagaimanapun tujuh belum ditemui sebelum pihak sekolah yang dibantu penduduk kampung melakukan gerakan awal mencari mereka pada pukul 9 malam sehingga pukul 12.30 pagi keesokannya (24 Ogos).
MESTI BACA: Kronologi: Misteri 7 pelajar Orang Asli hilang di Pos Tohoi, Gua Musang
Beliau berkata rancangan murid-murid berkenaan melarikan diri daripada asrama sekolah tersebut diketahui hasil temu bual yang dijalankan ke atas 16 murid yang kembali ke asrama selepas dipujuk oleh guru mereka.
Katanya pada 24 Ogos, pihak sekolah dan penduduk kampung meneruskan usaha pencarian bermula pukul 8 pagi hingga 3 petang dalam lingkungan 1 kilometer (KM) dari kawasan sekolah serta berjumpa dengan ibu bapa murid-murid berkenaan di Kampung Penad dan Kampung Gawin.
"Namun, selepas gagal menemui ketujuh-tujuh murid berkenaan di kampung masing-masing, pihak sekolah kemudiannya membuat laporan polis pada pukul 2.25 pagi pada 25 Ogos sebelum Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang menghantar lima anggotanya ke Pos Tohoi pada pukul 9.30 pagi untuk menjalankan operasi pencarian di kawasan berdekatan," katanya.
Katanya, bermula pada 25 Ogos, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ketujuh-tujuh murid-murid berkenaan telah digerakkan, sekali gus menolak dakwaan di laman-laman sosial yang mendakwa pasukan SAR hanya melaksanakan operasi berkenaan pada 27 Ogos.
"Pihak sekolah juga lambat membuat laporan polis kerana pernah ada kejadian murid bertindak melarikan diri dari asrama, namun ditemui ketika mencari murid berkenaan di rumah mereka," katanya.
Mazlan berkata lebih daripada 350 anggota daripada pelbagai agensi keselamatan dan awam telah terlibat dalam operasi berkenaan sehinggalah pasukan SAR menemui mayat pertama pada 7 Okt lepas.
Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, ditemui selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas.
Mereka adalah antara tujuh murid SK Tohoi di Gua Musang yang dilapor melarikan diri dari asrama sekolah pada 23 Ogos lepas kerana takut dikenakan tindakan oleh guru kerana mandi di sungai berdekatan tanpa kebenaran.
Dua lagi murid, Sasa Sobrie, 8, dan Ika Ayel, 9, disahkan meninggal dunia manakala dua rangka turut ditemui tetapi masih belum dikenal pasti.
Tiga lagi murid dalam insiden itu adalah Linda Rosli, 8, Haikal Yaakob, 8, dan Juvina David, 7.
Bernama
Thu Oct 15 2015
Miksudiar Alui, 11, dan Norieen Yaakob, 10, dijumpai selamat oleh pasukan SAR pada Jumaat lepas. -Gambar fail
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kisah sebenar tragedi kehilangan murid Orang Asli SK Tohoi
Warden itu kemudiannya telah memanggil tiga daripada 25 murid terbabit dan memaklumkan akan mengenakan hukuman ke atas mereka pada keesokan harinya.