awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penempatan semula mesin pengimbas di KLIA T1, tingkat keselamatan, lancar aliran penumpang
Lokasi pelancongan di N. Sembilan jadi tumpuan sempena cuti sekolah
Kes rasuah Tentera Darat: SPRM kesan beberapa individu lain terlibat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Kita bukan sesiapa tanpa Allah' - Faizal Tahir saran Najib muhasabah

Atiqah Ismail
Atiqah Ismail
17/05/2018
22:10 MYT
'Kita bukan sesiapa tanpa Allah' - Faizal Tahir saran Najib muhasabah
Penyanyi dan komposer, Faizal Tahir mendoakan buat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selain menyarankan untuk bermuhasabah diri atas apa yang sedang menimpa beliau. Instagram.com/Najib_Razak
Susulan pelbagai dakwaan skandal dikaitkan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, penyanyi dan komposer terkenal Faizal Tahir berharap dan mendoakan beliau sentiasa berada dalam bimbingan Tuhan.
“Semoga Allah membimbing kamu, Datuk Seri.
“Dalam diri setiap individu pasti ada nilai kebaikan dan sudah pasti kamu juga ada sisi kebaikan itu.
“Bagaimanapun, kita juga memerlukan ruang untuk bermuhasabah dengan apa yang kita sudah lakukan dalam hidup. Kamu sudah pun menjalankan peranan kamu sebelum ini,” kata Faizal.
Penyanyi lagu "Sejati" itu membuat luahan tersebut dalam satu ruang komen gambar di akaun peribadi Najib yang menunjukkan bekas pemimpin nombor satu negara itu sedang menunaikan solat tarawih di Masjid Kampung Baru semalam.
“Marilah kita sama-sama beringat, tiada siapa di muka bumi ini yang sempurna, terutamanya diri saya.
“Allah sentiasa ada untuk memaafkan hamba-Nya. Kerana pada akhirnya, kamu bukan sesiapa tanpa Allah SWT. Doa saya mengiringi Datuk Seri,” tambah Faizal.
Faizal Tahir mendoakan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak agar sentiasa berada dalam bimbingan Allah selain menyarankan beliau untuk bermuhasah diri. -Foto Instagram Najib Razak
Faizal Tahir mendoakan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak agar sentiasa berada dalam bimbingan Allah selain menyarankan beliau untuk bermuhasah diri. -Foto Instagram Najib Razak
BACA: Puluhan kotak dibawa keluar dari rumah Najib Razak
BACA: TERKINI! Puluhan polis di apartmen Najib
BACA: Setakat 4 petang, rumah Najib Razak masih digeledah - Polis
BACA: 284 kotak, 72 bagasi mengandungi wang tunai, beg berjenama dirampas dari kondominium mewah
Topic Berkaitan
#Faizal Tahir
#Instagram
#kita bukan sesiapa tanpa Allah
#komposer
#Masjid Kampung Baru
#muhasabah
#Najib Razak
#penyanyi
#solat terawih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan