Kita RunFest 2025 tarik lebih 2,400 pelari, semarakkan perpaduan di Serenia City

Ketua acara bersama maskot Oga dan Reemo mengetuai pelepasan peserta Kita RunFest 2025 di Serenia City, yang menghimpunkan lebih 2,400 pelari dalam suasana penuh perpaduan dan kemeriahan. -Gambar Astro
KUALA LUMPUR: Kita RunFest 2025 anjuran Astro terus mendapat sambutan luar biasa apabila lebih 2,455 pelari berkumpul di Serenia City pada Sabtu, menjadikan edisi tahun ini antara yang terbesar sejak penganjurannya.
Ringkasan AI
- Kita RunFest 2025 anjuran Astro mendapat sambutan luar biasa dengan penyertaan lebih 2,455 pelari di Serenia City, menandakan edisi terbesar sejak bermulanya acara tersebut.
- Festival ini menarik 6,800 pengunjung dengan program pendidikan kelestarian, aktiviti komuniti, dan hiburan keluarga, mencerminkan solidariti masyarakat Malaysia yang semakin prihatin terhadap gaya hidup sihat dan kelestarian alam sekitar.
- Kita RunFest juga memperlihatkan komitmen Astro terhadap inisiatif Rimba Kita dengan kerjasama Sime Darby Property dan penaja lain, menonjolkan usaha pemuliharaan hutan, pendidikan alam sekitar, serta penglibatan komuniti, sambil memperkukuh hubungan dan keterlibatan komuniti melalui aktiviti sihat, inklusif, dan hiburan.
“Ia amat bermakna bagi kami apabila melihat keluarga, pelari dan rakan-rakan berdiri bersama. Ini mencerminkan harapan kami, detik-detik yang menyatukan komuniti untuk saling mengangkat dan menyokong,” katanya.
Beliau berkata peningkatan jumlah peserta setiap tahun menunjukkan masyarakat semakin prihatin terhadap gaya hidup sihat serta isu kelestarian alam sekitar.
Penganjuran tahun ini turut diperkukuh melalui kerjasama Sime Darby Property, dengan sokongan jenama seperti KAON Group, Alphabet Capital, CIMB, TOP, Uphamol, Borneo Springs, Love Nature, dan Salad Atelier.
Kita RunFest juga menonjolkan komitmen Astro terhadap inisiatif Rimba Kita, yang memberi tumpuan kepada usaha pemuliharaan hutan, pendidikan alam sekitar dan penglibatan komuniti, dengan sebahagian hasil penganjuran disalurkan kepada projek konservasi.
Acara larian merangkumi kategori 5km dan 10km, diserikan dengan Oga Street Challenge, aktiviti interaktif, pameran pendidikan serta kehadiran maskot popular seperti Didi & Friends, Reemo, dan Oga yang menyemarakkan suasana.
Pada sebelah malam, festival diteruskan dengan persembahan artis tempatan termasuk Akim, Nadeera, Mimifly dan Soo Wincci, menjadikan Kita RunFest bukan sekadar acara larian tetapi platform memperkukuh hubungan dan keterlibatan komuniti.
Astro merakamkan penghargaan kepada semua peserta, sukarelawan, artis dan rakan penaja atas kejayaan Kita RunFest 2025, sambil menegaskan komitmen untuk terus menjadikannya acara tahunan yang memupuk perpaduan melalui aktiviti sihat dan inklusif.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


