Kerajaan Malaysia masih berusaha membawa 879 rakyatnya keluar dari negara Yaman secepat mungkin, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.
Beliau berkata pada masa ini pihak Kementerian Luar dan Kedutaan Malaysia masih berbincang dengan kerajaan Yaman untuk mencari pendekatan terbaik membawa rakyat Malaysia keluar dari negara itu sama ada melalui udara ataupun darat.
"Setakat ini majoriti rakyat Malaysia (di Yaman) adalah pelajar dan berada di empat wilayah. Di Sana'a ada 159 orang, Al-Hudaydah (45) Aden (75) dan Hadhramaut (600). Semua mereka kami dapat hubungi dan mereka semua selamat.
"...usaha akan diteruskan secepat mungkin agar kami dapat membawa mereka keluar dari Yaman. Kami tidak tahu apa yang akan berlaku seterusnya (di Yaman). Jadi tumpuan kami ialah cara untuk membawa keluar rakyat Malaysia dengan selamat," katanya.
Anifah berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan surat lantikan dan Indeks Pencapaian Utama (KPI) kepada lima Ketua Perwakilan Malaysia yang akan menjalankan tugas sebagai Ketua Perwakilan, di sini hari ini.
Antara penerima surat lantikan berkenaan ialah Datuk Ramlan Ibrahim sebagai Wakil Tetap Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) New York, Datuk Zulkifli Adnan (Duta Besar Malaysia ke Persekutuan Republik Jerman, Datuk Adnan Othman (Duta Besar Malaysia ke Austria dan Wakil Tetap Malaysia ke PBB Vienna), Ahmad Rozian Abd Ghani (Duta Besar Malaysia ke Kuwait dan Mohamad Nizam Mohamad (Duta Besar Malaysia ke Korea Utara).
Anifah berkata daripada 879 rakyat Malaysia di Yaman itu, 264 orang sudah mendaftar dengan pihak kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
Menurutnya pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) juga sudah berada di Arab Saudi untuk mengkoordinasi dan mencari jalan terbaik membawa rakyat Malaysia keluar dari negara berkenaan dalam keadaan selamat.
Sementara itu, Anifah menasihatkan semua rakyat Malaysia supaya tidak berkunjung ke negara Yaman buat sementara waktu sehingga diberitahu kemudian.
Beliau juga menasihatkan rakyat Malaysia yang berada di negara tertentu supaya mendaftar dengan kedutaan Malaysia di negara berkenaan.
Rakyat Malaysia di luar negara digalakkan mendaftar dengan pejabat kedutaan Malaysia di negara di mana mereka berada dan semua rakyat Malaysia seharusnya sudah mengetahui nombor telefon kedutaan Malaysia untuk dihubungi apabila perlu, katanya.
Bernama
Tue Mar 31 2015
ANIFAH: 'Kita usaha bawa keluar 879 rakyat dari Yaman' - Gambar fail
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Pembunuhan Jong Nam: Tuduhan Duta Korea Utara bersandarkan pembohongan - Anifah
Tuduhan Duta Besar Korea Utara di Malaysia, Kang Chol yang memberi gambaran bahawa kerajaan Malaysia mempunyai 'sesuatu untuk disembunyikan' hanya bersandarkan khayalan.
Bangladesh benarkan Malaysia salur bantuan
Kerajaan Malaysia mengesahkan Kerajaan Bangladesh membenarkan -Misi Kemanusiaan-Food Flotilla for Myanmar- untuk memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di Bangladesh.
Malaysia kesal Bangladesh halang bantuan
Kerajaan Malaysia sedang berkomunikasi dengan Kerajaan Bangladesh, dalam memastikan misi Food Flotilla dapat memberikan bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya di sekitar Pelabuhan Teknaf.
Malaysia akhiri tempoh anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan majlis resepsi
Malaysia mengakhiri tempoh dua tahun sebagai anggota tidak tetap Majlis Keselamatan PBB dengan mengadakan majlis resepsi di Pejabat Perwakilan Tetap ke PBB di New York pada Khamis (22 Dis).
Isu Rohingya: Malaysia kemuka cadangan penting kepada Myanmar - Anifah
Malaysia mengemukakan beberapa cadangan penting bagi menangani isu berhubung nasib etnik Rohingya, termasuk keperluan bagi ASEAN menubuhkan sebuah badan pakar bebas.
1MDB: Anifah temui duta AS di Putrajaya
Malaysia belum menerima sebarang permintaan dari AS bagi mendapatkan maklumat atau bukti untuk memfailkan saman sivil untuk mendapatkan kembali aset-aset yang dikatakan dikaitkan dengan 1MDB.
'Malaysia tidak iktiraf sebarang tuntutan ke atas Sabah' - Wisma Putra
Kerajaan tidak mengiktiraf dan tidak akan melayan sebarang tuntutan oleh mana-mana pihak ke atas Sabah.
'Sidang Kemuncak OIC di Istanbul cari hala tuju pencapaian negara Islam' - Wisma Putra
Sidang Kemuncak OIC yang akan diadakan di Istanbul, Turki bakal meneliti dan menetapkan hala tuju dan polisi semua isu yang berkaitan dengan objektif pencapaian negara-negara Islam selama ini.
'Komunikasi Strategik Digital bantu SEARCCT tangani pengganas' - Anifah
Penubuhan Bahagian Komunikasi Strategik melalui SEARCCT pendekatan atas talian tangani pengganas.
Malaysia kongsi pengetahuan isu keganasan di Switzerland - Anifah
Kehadiran delegasi negara ke Persidangan Mencegah Keganasan Ekstrimisme (PVE) di Geneva akan membuka ruang perkongsian pengetahuan dalam isu keganasan.