KUALA LUMPUR: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75 dan Mesyuarat Lembaga Eksekutif Sesi ke-151 (EB151), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dari 22 Mei hingga 30 Mei ini.
Kementerian Kesihatan (KKM) berkata, Khairy yang disertai Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dan pegawai-pegawai kanan KKM telah berlepas ke Geneva, pada Khamis.
WHA adalah badan pentadbir tertinggi WHO dan merupakan perhimpunan berkala yang dihadiri oleh Menteri-Menteri Kesihatan, Ketua-Ketua Pengarah Kesihatan dan pakar-pakar dalam bidang kesihatan.
"Ia diadakan untuk membincangkan status pelaksanaaan dasar, program, hala tuju, komitmen dan strategi baharu sektor kesihatan yang dipersetujui secara konsensus di bawah WHO.
"Fungsi utama WHA adalah untuk meluluskan pelan strategik WHO dan belanjawan program selama dua tahun, menerima pakai resolusi yang menggariskan tugas WHO serta menyediakan garis panduan berkaitan kesihatan untuk negara-negara anggota.
"Kehadiran Menteri Kesihatan juga adalah di atas kapasiti Naib Presiden mewakili Rantau Pasifik Barat selepas dilantik sebulat suara semasa Mesyuarat Jawatankuasa Rantau Pasifik Barat WHO Ke-72 yang diadakan di Himeiji, Jepun pada bulan Oktober 2021," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Mengulas lanjut, KKM berkata, Mesyuarat Lembaga Eksekutif WHO pula bertujuan untuk memastikan pelaksanaaan program dan hala tuju sektor kesihatan yang telah dipersetujui secara konsensus oleh Persidangan Kesihatan Sedunia.
Jelasnya, Malaysia telah dilantik sebagai ahli Lembaga Eksekutif WHO mewakili Rantau Pasifik Barat bagi tempoh tiga tahun bermula Mei 2021 hingga Mei 2024 dan Ahli Lembaga Eksekutif WHO di peringkat Kementerian adalah Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan.
"Pada Sidang Pleno Perbincangan Umum, Khairy akan menyampaikan kenyataan negara mewakili Kerajaan Malaysia menyentuh tema WHA75 iaitu 'Kesihatan untuk Keamanan, Keamanan untuk Kesihatan' dan beberapa aspek kesihatan lain seperti COVID-19 dan Peralihan kepada Endemik, Kesamarataan Vaksin, Sistem Penjagaan Kesihatan Kebangsaan, Sains Tingkah Laku dan Kesihatan Digital.
"Beliau juga dijangka akan membuat intervensi ke atas agenda-agenda perbincangan sepanjang WHA75 dan juga EB151 berlangsung.
"Antaranya termasuklah Pencegahan dan kawalan jangkitan, Keamanan Global untuk Kesihatan, Perubatan Tradisional, dan Persediaan Influenza."
Dalam pada itu, KKM menyatakan Menteri Kesihatan telah dijemput sebagai pengucap di Dialog Strategik Sains Tingkah Laku yang diadakan sebagai acara sampingan WHA75.
Tambahnya, ini merupakan satu pengiktirafan terhadap komitmen, peranan dan penglibatan secara langsung KKM dan Kerajaan Malaysia dalam isi-isu kesihatan global termasuk pengurusan pandemik COVID-19.
"Jemputan ini juga meletakkan nama Malaysia di barisan hadapan bersama negara-negara membangun yang lain dalam aspek rawatan dan penjagaan kesihatan termasuk pendigitalan kesihatan.
"Ini juga merupakan platform terbaik untuk Malaysia merealisasikan hasrat untuk menerajui dan mempromosi sains tingkah laku, teknologi dan inovasi dalam menggalakkan kehidupan lebih sihat," jelasnya.
Selain itu, Khairy juga akan memenuhi jemputan khas daripada Presiden World Economic Forum (WEF), Børge Brende ke forum ekonomi tersebut di Davos, Switzerland, pada 24 dan 25 Mei 2022 sebelum kembali semula ke Geneva untuk mengikuti WHA75 dan juga EB151.
"Di Davos, beliau akan menyertai sesi panel diskusi bersama jemputan menteri-menteri negara luar lain dan dijadualkan untuk menyertai tiga panel diskusi semasa di Davos iaitu Mesyuarat Gabenor - perbincangan dasar kesihatan dan penjagaan kesihatan global, memperkukuh daya tahan dan pembiayaan sistem kesihatan dan Pengeluaran vaksin global yang saksama."
Menurut KKM lagi, penyertaan Malaysia dalam WHA75 dan EB151 amat penting bagi memastikan kepentingan dasar kesihatan awam negara diberi pertimbangan sebaiknya oleh WHO dalam membuat sebarang keputusan.
Selain itu, Malaysia juga berpeluang untuk menyatakan pendirian negara dalam membangunkan sektor kesihatan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
"Penyertaan delegasi Malaysia juga akan memberi ruang bagi konsultasi dan perbincangan lanjut bersama negara-negara anggota yang lain demi kepentingan sektor kesihatan sejagat.
"Komitmen Malaysia dalam menghadiri Mesyuarat ini membuktikan Kerajaan adalah konsisten dan komited dalam setiap kerjasama di peringkat antarabangsa.
"Selain menaikkan imej negara di persada global, kerjasama yang berterusan ini akan diterjemahkan sebagai usaha Malaysia dalam membangunkan sektor kesihatan secara holistik di dalam negara mahupun di rantau Pasifik Barat," katanya.
Afiezy Azaman
Fri May 20 2022

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin mengetuai delegasi Malaysia bagi menghadiri Persidangan Kesihatan Sedunia (WHA) Sesi ke-75. -Foto fail

Balak Asli | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

AWANI Pagi: Kelebihan pertanian kendiri
#AWANIpagi berbincang isu pertanian pintar bersama Pengasas Kumpulan Penyelidikan Kejuruteraan Makanan dan Biobahan, UTM, Professor Dr Ida Idayu Muhamad.

Pasca COVID-19: Trend percutian, pelancongan semakin berubah
Sktor pelancongan dan pelancongan yang lebih inklusif dan berdaya tahan perlu dibina.

AWANI Pagi: Usahawan FELDA | Nik Agro Farm sasar pengeluaran 15,000 anak ayam kampung
#AWANIpagi membincangkan isu sekuriti makanan, antaranya agensi yang terlibat dalam agenda sekuriti makanan, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA).

Ketua NASA dakwa China mahu tuntut bulan
China sebelum ini menyatakan bahawa ia merancang untuk menghantar angkasawan ke bulan menjelang tahun 2025.

Warganegara Malaysia tidak perlu isi pas pengembara di MySejahtera
Pemansuhan hanya terpakai kepada warganegara Malaysia sebelum diperluaskan secara berperingkat kepada pemegang pas lain.

Jenazah pesakit COVID-19 boleh dimandi, dikafankan - Khairy
KKM menetapkan tatacara pengurusan jenazah Islam yang dijangkiti COVID-19 dibenarkan untuk dimandi dan dikafankan dengan amalan langkah berjaga-jaga.

Kelantan, Terengganu, Pahang dan Putrajaya catat masalah bantut tertinggi - Khairy
Malaysia berhadapan beban malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun serta peningkatan kadar obesiti dalam kalangan orang dewasa.

ILI terkawal, ibu bapa tidak perlu bimbang - Khairy
Kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) dalam negara pada masa ini adalah terkawal meskipun terdapat beberapa kluster melibatkan sekolah berasrama dikesan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Perlis negeri terawal laksana ANMS dengan cemerlang - Khairy
Perlis menjadi negeri terawal berjaya melaksana Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) dengan cemerlang dan boleh dijadikan sebagai ikutan, kata Menteri Kesihatan Malaysia Khairy Jamaluddin.

Penuaan usia populasi: Turut beri kesan pada penyakit obesiti, diabetes
Pada tahun 2030, rakyat Malaysia yang berusia 60 tahun ke atas akan jauh melebihi rakyat Malaysia yang berusia 15 tahun ke bawah.

Tommy Thomas dinasihat tidak beri komen kertas siasatan VLN
Tommy Thomas dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang komen mengenai kertas siasatan yang merujuk kepada kes Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Khairy selar Nur Jazlan kritik PM secara terbuka, nasihat guna saluran betul
Tindakan Nur Jazlan haya memberi tanggapan UMNO tidak bersatu dan boleh menjejaskan perjalanan menuju PRU15.

Tiada kes cacar monyet dikesan dalam negara - KJ
Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, kesemua kes membabitkan dua lelaki dan tiga perempuan adalah didapati negatif virus cacar monyet.

Gelombang baharu COVID-19 makin hampir - Khairy
Malaysia dijangka akan menghadapi gelombang baharu COVID-19 lebih awal berbanding tempoh dua atau tiga bulan yang diumumkan sebelum ini, kata Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin.