awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khamenei beri amaran kepada AS serangan akan mencetuskan perang serantau
Angka korban kebakaran bar di Switzerland meningkat kepada 41
Pakistan umum boikot perlawanan Piala Dunia T20 Lelaki ICC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

K'jaan kenal pasti mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar, rangka usaha penyelamatan

Bernama
Bernama
08/11/2023
03:52 MYT
K'jaan kenal pasti mangsa penipuan pekerjaan di Myanmar, rangka usaha penyelamatan
Mohamad ketika Sidang Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini. --fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang mengenal pasti 26 warganegara Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan di Laukkaing, Myanmar, kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin.
Beliau berkata kerajaan melalui Kedutaan Besar Malaysia di Yangon, Myanmar dengan kerjasama Thailand, Vietnam, Filipina dan China sedang menyelaras dan menggunakan segala alternatif bagi membawa pulang kesemua mangsa dengan selamat.
"Sehingga 3 November 2023, kementerian ini telah berjaya membawa pulang 518 orang. Sejurus mereka kembali ke tanah air, mangsa-mangsa akan diambil keterangan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) untuk membantu siasatan.
"Dalam masa yang sama, Kementerian Luar ingin mengingatkan kepada semua warganegara Malaysia supaya sentiasa peka dan berwaspada apabila menerima sebarang tawaran pekerjaan menerusi platform media sosial yang meragukan," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Oscar Ling Chai Yew (PH-Sibu) yang ingin tahu tindakan kerajaan untuk menyelamatkan mangsa penipuan pekerjaan di Kemboja dan Myanmar yang sering berlaku.
Mohamad berkata kerajaan juga sedang menunggu "lampu hijau" daripada pihak berkuasa Myanmar untuk berbincang dan mengadakan lawatan ke negara itu bagi merangka usaha menyelamatkan rakyat Malaysia yang menjadi mangsa jenayah penipuan pekerjaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Penipuan Pekerjaan
#Myanmar
#rakyat Malaysia
#Mohamad Alamin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan