KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi dalam usaha menambah baik sistem komunikasi di negara ini.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan dengan kerjasama syarikat telekomunikasi, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan dengan baik.
"MCMC dan KKD meneliti beberapa teknologi yang baharu selain daripada Internet melalui satelit. Ada beberapa teknologi baharu sedang dirangka yang menggunakan satelit sebagai menara komunikasi.
"... dalam tahun-tahun akan datang ini lebih kurang dua tahun lebih, ada beberapa syarikat yang sedang meneliti penggunaan teknologi satelit sebagai menara telekomunikasi. Jadi ini sedang dalam penelitian," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Senator Aknan Ehtook di Dewan Negara yang bertanyakan mengenai kemajuan inisiatif perkongsian rangkaian yang mengambil kira Sarawak sebagai model pelaksanaan.
Selain itu Fahmi berkata MCMC dan syarikat telekomunikasi telah mencapai persetujuan untuk membantu menyelesaikan masalah menara tidak berkuali di Sarawak yang melibatkan 600 menara di bawah Lembaga Multimedia Sarawak (SMA).
Beliau berkata walaupun usaha itu menelan belanja yang agak besar, ia membuktikan bahawa kerjasama antara MCMC dan syarikat telekomunikasi tersebut boleh dicapai.
"Cuma (kerjasama ini) perlu perbincangan dengan dibawa ke meja perundingan sebelum dikeluarkan apa-apa arahan. Jadi ini satu model yang saya harap dapat kita guna di negeri lain," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 27 2023

Fahmi berkata sekiranya teknologi itu dapat dilaksanakan, dasar "di mana ada jalan, di situ ada Internet" dapat dicapai dan dilaksanakan. -Gambar fail/Bernama

Verstappen tewaskan McLaren, menangi F1 Grand Prix Emilia Romagna
Juara bertahan empat kali, Max Verstappen menewaskan dua pelumba pasukan McLaren untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) keduanya musim ini di Grand Prix Emilia Romagna di Itali pada Sabtu.

Perasmian sayap PKR: 'Surat hanya kepada Anwar dan Fuziah, macam mana boleh bocor?' - Rafizi
Rafizi berkata, perkara itu sepatutnya tidak didedahkan, dan beliau mempersoalkan bagaimana perkara sulit seperti itu boleh menjadi pengetahuan umum.
Tumpuan Isnin – 19 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 18 Mei 2025.

Gunung Lewotobi di Indonesia meletus, cetus amaran penerbangan tertinggi
Gunung Lewotobi di Wilayah Nusa Tenggara Timur, Indonesia, meletus beberapa kali pada Ahad.

Misi satelit ke-101 Agensi Angkasa Lepas India gagal
Agensi Angkasa Lepas India mengalami kegagalan dalam misi pentingnya apabila satelit pemerhatian Bumi di atas roket Kenderaan Pelancar Satelit Kutub (PSLV) hilang sejurus selepas pelancaran pada Ahad.
Pelancaran satelit pemerhatian bumi India gagal
Agensi Angkasa Lepas India (ISRO) gagal menghantar satelit pemerhatian bumi ke orbit selepas tekanan dalam kebuk enjin pada peringkat ketiga pelancaran roket menurun secara mendadak.
Trump minta Fed potong kadar faedah segera, bukan kemudian
Rizab Persekutuan AS (Fed) diseru Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump agar segera menurunkan kadar faedah sambil mengkritik pengerusinya, Jerome Powell, yang menurutnya sering bertindak lambat dan mungkin mensia-siakan peluang sekali lagi.
Ibu kebumi anak lelaki terkena serangan udara di Khan Younis
Seorang wanita mengebumikan anak lelakinya pada Ahad setelah terbunuh dalam serangan udara Israel yang menyasarkan khemah pelarian di al-Mawasi, Khan Younis, Gaza, malam tadi.

Lumba haram: 10 warga Malaysia didenda di Hat Yai
Sepuluh pelancong Malaysia dikenakan denda oleh polis Thailand atas kesalahan memandu secara berbahaya di Daerah Hat Yai pada Jumaat lepas.

Program NADIpreneur lahirkan 3,390 usahawan wanita - Fahmi
Katanya, golongan terbabit bukan sahaja berjaya dalam bidang keusahawanan malah menjadi contoh kepada wanita lain.

MCMC akan kaji perbezaan liputan 4G antara syarikat telco - Fahmi
Fahmi berkata meskipun liputan 4G Malaysia mencapai agregat 92% CoPA di seluruh negara, kadar sebenar adalah berbeza dalam kalangan telco.

Parti boleh ambil tindakan jika AJK Cabang ugut letak jawatan - Fahmi
Individu yang bertindak sedemikian juga berkemungkinan berdepan tindakan disenarai hitam daripada bertanding.

Pemilihan PKR: Fahmi ikrar bantu parti rencana langkah menuju PRU16, PRN
Perkara itu merupakan gerak kerja pertama yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat membarisi MPP.

Malaysia bantu ASEAN bangunkan 'toolkit' tangani jenayah buli siber - Fahmi Fadzil
Malaysia bantu ASEAN bangunkan toolkit tangani jenayah buli siber Fahmi Fadzil

“Fahami dan manfaatkan AI” - Fahmi
AI bukan alat untuk plagiat atau meniru semata-mata, sebaliknya, perlu digunakan sebagai pemudah cara kerja, kata Menteri Komunikasi.

Pemilihan PKR: Jangan berkempen hingga pupuk rasa benci kepada calon lain - Fahmi
Calon yang bertanding jawatan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) diingatkan agar tidak memupuk rasa benci kepada calon lain semasa berkempen.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

MH17: MOT koordinasi dengan Wisma Putra keluar kenyataan ulas keputusan ICAO
Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil, berkata koordinasi itu perlu dilakukan bagi memastikan kenyataan yang dikeluarkan selaras dengan dasar luar negara.

Nahas trak FRU: Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan sedia laporan siasatan - Fahmi Fadzil
Kementerian Pengangkutan diberi tempoh sebulan bagi melengkapkan laporan siasatan berhubung nahas yang mengorbankan sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU)