awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri

Bernama
Bernama
05/01/2017
09:09 MYT
KKLW sedia bekerjasama dengan SPRM berhubung siasatan rasuah - Ismail Sabri
ISMAIL: KKLW memberi jaminan untuk bekerjasama dengan SPRM bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha kementeriannya. - Gambat fail
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) memberi jaminan untuk bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan sewajarnya terhadap ketua setiausaha kementerian Datuk Mohd Arif Ab Rahman.
Dalam satu kenyataan hari ini, Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata KKLW akan terus menyokong usaha SPRM dalam membanteras rasuah serta penyelewangan.
Mohd Arif, 59, dan dua anak lelakinya direman tujuh hari sehingga 11 Jan ini bagi membantu siasatan SPRM berkaitan menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukannya untuk menerima rasuah.
BACA: KSU kementerian, dua anak lelaki direman tujuh hari
BACA: KSU Kementerian ditahan, wang tunai serta jongkong emas RM3 juta dirampas - SPRM
Dia ditahan oleh SPRM di kediamannya di USJ, Subang, semalam.
Dua anaknya yang masing-masing berumur 29 dan 34 tahun pula ditahan semasa diambil keterangan di ibu pejabat SPRM, semalam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
#KKLW
#SPRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan