awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri

Bernama
Bernama
22/04/2024
10:48 MYT
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
KKM membatalkan notifikasi produk kosmetik "ZMY Magnetic Aura Night Cream" kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia. -Facebook KKM
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi produk kosmetik "ZMY Magnetic Aura Night Cream" kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
Pengarah Bahagian Regulatori Farmasi Negara Kementerian Kesihatan (KKM) Rosilawati Ahmad dalam kenyataan hari ini berkata produk berkenaan dikesan mengandungi merkuri.
Beliau berkata merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana bahan itu boleh menyerap ke dalam badan sehingga menyebabkan kerosakan pada buah pinggang, sistem saraf serta mengganggu perkembangan otak kanak-kanak atau janin, selain menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan pada kulit.
"Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
"Penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984," katanya.
Beliau berkata mana-mana individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan-peraturan itu boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama, dan denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan berikutnya.
Rosilawati berkata syarikat pula boleh dikenakan denda hingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda hingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya.
"Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#batal notifikasi produk
#ZMY Magnetic Aura Night Cream
#merkuri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan