PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan dalam kenyataan hari ini berkata produk berkenaan ialah Toner Treatment EWSB yang dikesan mengandungi hidrokuinon dan tretinoin; N Glow EWSB (hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate); dan Glory Cosmetics Facecream yang dikesan mengandungi merkuri.
Beliau berkata pembatalan notifikasi produk-produk itu dibuat oleh pengarah kanan perkhidmatan farmasi dan produk berkenaan tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
"Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.
"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.
Dr Muhammad Radzi memberitahu produk yang mengandungi hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.
Penggunaan produk yang mengandungi bahan-bahan tersebut tanpa pengawasan ahli profesional kesihatan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini.
Dr Muhammad Radzi berkata hidrokuinon antaranya boleh menyebabkan bahan kulit yang disapu mengalami kemerahan manakala tretinoin boleh mengakibatkan kulit kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.
Betamethasone 17-valerate pula menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kemudaratan.
Sehubungan itu beliau menggesa penjual dan pengedar produk terlibat menghentikan serta-merta penjualan serta pengedaran semua produk berkenaan kerana ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan itu berdepan hukuman maksimum denda RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda RM50,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan berdepan hukuman denda maksimum RM50,000 untuk kesalahan pertama dan RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.
"Orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 19 2024
Tiga produk kosmetik yang dibatalkan notifikasi oleh KKM. - Gambar/ KKM
Bukan tidak cakna gerakan 'Eyes On Rafah'... ini penjelasan Ning Baizura!
Ning Baizura nafi tidak sensitif mengenai situasi semasa di Palestin dan gerakan All Eyes On Rafah.
Seorang maut, lapan cedera serangan udara Israel di kem pelarian Jenin
Seorang penduduk Palestin terbunuh manakala lapan lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jenin di Tebing Barat yang diduduki pada Jumaat.
Serangan Balai Polis: Tujuh individu direman hari ini
Tujuh individu, termasuk lima ahli keluarga suspek, akan direman bagi membantu siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram. Dua anggota polis maut dalam kejadian tersebut.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
Kita bersama wakil Astro AWANI Johor, Siti Nur Aqilla Omar, yang akan mengikuti liputan berkenaan hari ini.
AWANI Pagi: Kapas Marathon Crossing Swimathon 2024
Kerajaan Negeri Terengganu anjur kejohanan sukan renang marathon patuh syariah, yang pertama di Malaysia.
Sistem e-Jamin diteruskan
Kerajaan akan meneruskan penggunaan sistem pengurusan ikat jamin elektronik atau e-Jamin.
Israel pertahan hak serang Rafah di ICJ
Pasukan peguam Israel di ICJ menegaskan ia mempunyai hak mempertahankan diri dari Hamas, walaupun Afrika Selatan memohon hentikan serangan di Rafah.
Bantuan AS untuk Gaza tiba di Cyprus menanti pemindahan
White House mengesahkan bantuan tambahan AS untuk Gaza kini tiba di Cyprus, menunggu pemindahan melalui jeti sementara yang dibina di wilayah itu.
FIFA dapatkan nasihat perundangan sebelum gantung Israel
FIFA akan mendapatkan nasihat perundangan sebelum bersidang pada Julai untuk membincangkan permohonan Palestin menggantung Israel dari perlawanan antarabangsa.
Alami era baharu televisyen dikuasakan AI daripada Samsung
Empat ciri utama diketengahkan: 'AI Image Upscaling', 'AI Sound', 'AI Energy Mode', dan paling penting, 'AI Security.'
ProAIBI2024 anjuran Politeknik dan Kolej Komuniti fokus Kelestarian Alam Bina
ProAlBi 2024 tahun ini memperkenalkan segmen baru dengan kolaborasi antarabangsa dari Kolok Industrial and Community Education College, Thailand.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
Kementerian Kesihatan (KKM) membatalkan notifikasi tiga produk kosmetik kerana dikesan mengandungi racun berjadual, dan ia tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia.
KKM senarai empat produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual
Kesemua produk berkenaan mengandungi racun berjadual yang dikesan seperti merkuri, Hydroquinone, Tretinoin dan Betamethasone 17-Valerate.
KKM batal notifikasi tiga produk komestik mengandungi racun berjadual
KKM telah membatalkan notifikasi produk kosmetik BL Ledehh Day Cream 2, BL Ledehh Night Cream dan For U Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual.
Dua produk kosmetik dikesan mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk itu perlu menghentikan penjualan dan pengedaran dengan serta-merta.
Produk kosmetik murah, tiada kelulusan KKM punca remaja alami masalah kulit
Faktor harga murah dan mudah diperoleh menyebabkan ramai golongan remaja perempuan termasuk pelajar sekolah menggunakan produk kosmetik tanpa kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).
Dua produk kosmetik dikesan mengandungi racun merkuri - KKM
Dua produk kosmetik berkenaan ialah 'LS repairing cream' dan 'Luffiya treatment foundation'.
Lebih 15,000 produk tidak berdaftar, dicemari racun dirampas di Kulim
Lebih 15,000 produk farmaseutikal tidak berdaftar, produk kosmetik yang tidak bernotifikasi dan produk yang dicemari racun berjadual dirampas menerusi 'Op Putra' di Kulim, Isnin lepas..
Perkenal kaedah jualan baharu, WonderLab jadi tumpuan peminat kecantikan
Buat pertama kali di Malaysia, anda kini boleh melanggan masker muka menerusi produk WonderDewi GOOODPlan dalam pelan 14 dan 28 hari.
Sembilan produk kosmetik ini dikesan mengandungi merkuri, hydroquinone - Dr Noor Hisham
KKM melalui Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi telah membatalkan notifikasi sembilan produk terbabit dan susulan itu, semua produk berkenaan tidak dibenarkan dijual di negara ini.