KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang menggariskan beberapa perkara dalam usaha untuk memberi penempatan kepada pegawai perubatan kontrak di fasiliti KKM, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, usaha itu termasuk mewujudkan jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi selain mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mengenai Akta Pencen.
"Kita ke arah untuk berusaha supaya kita dapat beri penempatan kepada doktor kontrak. Kita nak fikir macam mana supaya penambahbaikan dapat dilakukan untuk doktor siswazah, fleksibiliti untuk membuat kepakaran dan sebagainya," katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Ahmad Maslan (BN-Pontian) yang ingin tahu langkah yang dilaksanakan KKM untuk mengatasi kekurangan doktor pakar dan isu doktor kontrak.
Berhubung kekurangan doktor pakar, Dr Noor Azmi berkata KKM sentiasa membuat penambahbaikan dengan menambah slot pengajian kepakaran di hospital dan peluang untuk mengikuti program 'parallel pathway' (program latihan kepakaran).
Selain itu, katanya KKM menyediakan pelbagai insentif untuk menarik lebih ramai doktor yang bekerja di luar negara untuk bekerja di dalam negara seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada negara.
Menjawab soalan asal Teo Nie Ching (PH-Kulai) yang ingin tahu nisbah doktor kepada penduduk di Malaysia dan matlamat KKM menjelang 2022 dan 2025, Dr Noor Azmi berkata kerajaan menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan kepada penduduk di Malaysia pada tahun depan adalah 1:425.
"KKM telah membuat unjuran keperluan doktor dalam negara yang disediakan mengikut perancangan lima tahun. Sebagai contoh, dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) kita menetapkan sasaran nisbah doktor perubatan kepada penduduk di Malaysia menjelang 2025 adalah 1:400 berbanding 1:450 dalam Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11)," katanya.
Beliau berkata bagi menentukan keperluan pegawai perubatan, urusan itu dibuat berdasarkan kepada lima perkara iaitu jumlah penduduk dan jumlah kedatangan pesakit, kategori fasiliti KKM, skop perkhidmatan disediakan bagi fasiliti itu, tahap penjagaan dan beban penyakit.
Sementara itu, menjawab soalan Che Alias Hamid (PAS-Kemaman) mengenai kadar hayat penggunaan katil dan fasiliti kesihatan di hospital, Dr Noor Azmi berkata jangka hayat katil yang ideal adalah 10 hingga 15 tahun dan ia bergantung kepada tempoh penggunaan dan kekerapan kerosakan.
Mengulas sama ada KKM berhasrat menukar katil dan fasiliti lain di Hospital Kemaman yang telah usang, beliau berkata KKM memperuntukkan sejumlah RM4.5 juta kepada hospital itu bagi perolehan peralatan perubatan sepanjang tempoh 2020 sehingga Oktober tahun ini mengikut keutamaan pihak hospital dan Jabatan Kesihatan Negeri.
"Daripada peruntukan ini, pihak hospital memperoleh lima unit katil unit rawatan rapi (ICU) berserta kelengkapan lain bagi perawatan pesakit di hospital itu. Pihak kementerian akan sentiasa memantau keperluan dalam penambahan dan penggantian katil ini dari masa ke semasa agar perkhidmatan hospital ini tidak akan terjejas," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021

KKM menyediakan pelbagai insentif untuk menarik lebih ramai doktor yang bekerja di luar negara untuk bekerja di dalam negara seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada negara. - Gambar hiasan

PM adakan lawatan ke Jepun, perkasakan Dasar Pandang ke Timur
Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri.

Bot tunda bersama tiga kru disyaki karam di Pulau Mantanani
Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan

Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pandemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produknya. Jika dahulu kesemua pelanggannya lebih kepada 'walk-in' dan setempat, kini Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.
![[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global [TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968239/thumbnails/14500335421653283452025_640x360.jpg)
[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global
Malaysia meletakkan tiga fokus utama dalam penglibatan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 seiring mendapani cabaran era pascapandemik meliputi keterangkuman, ekonomi digital dan kelestarian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia ke Davos berpandangan, forum global itu juga penting untuk pemimpin tempatan bertukar idea dan mempelajari amalan terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Pertambahan jawatan tetap di KKM perlu diteruskan hingga nisbah doktor dan penduduk dicapai - MMA
Pertambahan ini dan pertambahan jawatan tahun berikutnya memberi impak kepada penjagaan kesihatan lebih baik kepada rakyat.

Hartal Doktor Kontrak: Penambahan 4,186 jawatan tetap di KKM, satu perkembangan positif
Pengambilan itu memberi suntikan moral kepada petugas barisan hadapan itu untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan mendapatkan masa depan lebih cerah dalam bidang perubatan di negara ini.

Selepas doktor kontrak, PPP kontrak pula tuntut jawatan tetap
Beberapa kali juga dibincangkan malah diangkat ke Parlimen namun sudah masuk ke tahun baharu, isu tersebut masih belum selesai.

KKM dalam usaha beri penempatan doktor kontrak di fasiliti KKM - Dr Noor Azmi
Wujudkan jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai pindaan undang-undang berhubung Akta Perubatan, Akta Pergigian dan Akta Farmasi.

Sesi pagi Dewan Rakyat hangat dengan isu doktor kontrak
Teo Nie Ching (PH - Kulai) mendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) gagal mencapai matlamat terutamanya dalam menyelesaikan isu tersebut.

Parlimen: 1,497 doktor letak jawatan sejak 2017, 514 pada 2021
Dari Januari hingga 26 November 2021, seramai 514 orang pegawai perubatan lantikan kontrak telah meletakkan jawatan.

Doktor Kontrak: Senada dengan Anwar, KJ komited selesaikan 'masalah legasi'
Sejak akhir 2016, setiap pegawai perubatan latihan siswazah dilantik secara kontrak, iaitu lebih 24,000 orang, yang ditawarkan secara tetap hanya 1,000 sahaja.

Isu hartal doktor kontrak antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Isu berkenaan diajukan Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH-Port Dickson) kepada Menteri Kesihatan pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri.

Bajet 2022: Kecewa tiada lantikan ke jawatan tetap, Hartal Doktor Kontrak umum protes kedua
Hartal Doktor akan adakan mogok kedua sebagai bantahan keputusan kerajaan melalui Bajet 2022 yang memutuskan untuk menyambung kontrak doktor pelatih selama dua tahun.

Kerajaan perlu laksana reformasi sistem perkhidmatan kesihatan
Persediaan guna tenaga dan prasarana kesihatan bagi mendepani sebarang cabaran krisis kesihatan.