awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Permohonan Paul Yong untuk semak sabitan, hukuman kes rogol ditolak
Pemandu maut lori simen jatuh dalam tapak pembinaan
Jeneral kanan Rusia kritikal selepas ditembak di Moscow
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC

Bernama
Bernama
25/03/2024
13:04 MYT
KKM dapat bayaran balik ventilator tidak berfungsi - PAC
Mas Ermieyati berkata PAC mahu KKM memastikan kesemua peralatan tersebut berada pada kadar optimal, bagi persediaan berlaku sebarang wabak atau pandemik. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berpuas hati dengan tindakan Kementerian Kesihatan (KKM), yang berjaya mendapatkan bayaran balik RM16,785,910.95 bagi 104 unit ventilator yang tidak berfungsi.
Pengerusinya Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata tindakan KKM itu, selaras dengan syor yang telah dilakukan oleh PAC berhubung pengurusan wabak COVID-19: Vaksin Luput Tamat Tempoh Hayat, Peralatan Ventilator Tidak Dapat Digunakan dan Lebihan Peralatan Keselamatan Peribadi, yang dibentangkan di Parlimen pada 30 Okt tahun lepas.
"Tindakan KKM ini selaras dengan syor ketiga laporan itu, bahawa kementerian berkenaan perlu segera menyemak status waranti bagi kesemua 136 unit peralatan ventilator dan memastikan tindakan sewajarnya diambil kepada pihak yang bertanggungjawab.
"Kementerian mencadangkan wang yang diperoleh berkenaan diguna dan ditambah oleh Kementerian Kewangan (MOF), bagi memastikan ketersediaan peralatan ventilator di seluruh hospital kerajaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Selain itu, Mas Ermieyati berkata susulan daripada syor yang dilakukan, kementerian juga telah mengambil pelbagai tindakan bagi memastikan lebihan stok boot cover dan protective jumpsuit atau coverall dapat digunakan sepenuhnya.
Sehubungan itu, beliau berkata PAC mahu KKM memastikan kesemua peralatan tersebut berada pada kadar optimal, bagi persediaan berlaku sebarang wabak atau pandemik.
Sebelum ini, PAC turut mengadakan prosiding tindakan susulan berhubung laporan itu pada 7 Mac, dengan memanggil saksi iaitu Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pengurusan) MOF Ramzi Mansor, Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) KKM Datuk Seri Norazman Ayob dan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) KKM Datuk Dr Norhayati Rusli.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#PAC
#Bayaran Balik
#ventilator tidak berfungsi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan