awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
Darurat diisyihtiar di selatan California susulan ribut musim sejuk yang kuat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM jangka jangkitan COVID-19 meningkat akibat banjir

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
20/12/2021
09:31 MYT
KKM jangka jangkitan COVID-19 meningkat akibat banjir
Kadar jangkitan mungkin meningkat selepas beberapa siri saringan dilakukan di PPS. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencara banjir.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia Tan Sri Noor Hisham Abdullah, ia selepas saringan yang dilakukan sebelum ini di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) merekodkan 181 kes positif.
“Hasil saringan setakat jam 11 pagi hari ini antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), W Persekutuan Kuala Lumpur (empat),” katanya dalam kenyataan di laman Twitternya hari ini.
KKM menjangkakan peningkatan kes COVID-19 berikutan bencana banjir, selepas saringan di PPS merekodkan 181 kes positif. Hasil saringan setakat jam 11 pagi hari ini antara lain membabitkan 117 kes positif di Selangor, Pahang (52), Kelantan (6), W Persekutuan Kuala Lumpur (empat) pic.twitter.com/UZtm1E3wTU
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) December 20, 2021
BACA: 181 kes positif COVID-19 dikesan di PPS, KKM tingkat kesiapsiagaan - Khairy
BACA SEMUA BERHUBUNG BENCANA BANJIR 2021 DI SINI
Sebelum ini, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, KKM mengesan 181 kes positif COVID-19 hasil saringan di PPS banjir di enam negeri di Semenanjung.
Jelasnya, kebanyakan kes positif COVID-19 berada dalam kategori 1 dan 2, serta telah dipindahkan ke hospital, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) atau kemudahan lain termasuk PPS khusus untuk individu yang disahkan positif COVID-19.
"KKM telah menjangkakan peningkatan kes ini berkemungkinan ekoran keadaan pemindahan yang terpaksa dibuat dalam keadaan yang sangat berisiko tinggi. Mungkin ada langkah-langkah kesihatan awam yang tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya," kata Khairy.
Topic Berkaitan
#Banjir 2021
#banjir luar biasa
#COVID-19
#Dr Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan