KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok, selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata cadangan berkenaan adalah, supaya pembungkusan produk rokok tidak dipamerkan jenama dan dibungkus seperti biasa.
Beliau bagaimanapun berkata perkara itu, memerlukan sesi libat urus dengan semua pihak termasuk badan bukan kerajaan, berkaitan kesihatan dan premis perniagaan.
"Sekiranya ada 'display banned' maka pemilik premis perlu buat pengubahsuaian yang melibatkan banyak pemegang taruh. Apabila sudah selesai mengkaji sama ada keberkesanannya terhadap negara dan juga transisi ke arah 'display banned' ini.
"Jika setuju maka kita akan buat keputusan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan Hari Asma Sedunia 2022 di sini, hari ini.
Khairy berkata sekiranya larangan pembungkusan jenama produk rokok dilaksanakan, namun larangan itu tiada dalam Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok, tetapi akan ada dalam peraturan selepas rang undang-undang berkenaan digubal.
Sebelum ini, dilaporkan draf Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok bagi mereka yang lahir selepas 2005 kini dalam proses semakan akhir Jabatan Peguam Negara dan dijangka dibentang di Parlimen pada Julai.
Di bawah peruntukan akta itu, anak-anak yang lahir pada 1 Jan 2005 atau tahun-tahun selepas itu tidak dibenarkan merokok termasuk membeli atau memiliki sebarang bentuk produk merokok termasuk rokok elektronik atau vape, walaupun mereka telah melepasi umur 18 tahun.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 19 2022
KKM sedang mengkaji cadangan supaya pembungkusan produk rokok tidak dipamerkan jenama dan dibungkus seperti biasa. - Gambar hiasan/freeimages.com
P S Nathan umum lepaskan jawatan Presiden MTBC selepas 50 tahun
P S Nathan melepaskan jawatannya sebagai Presiden MTBC selepas 50 tahun menerajui badan sukan itu.
Kerajaan Sabah komited bina LRA di Pulau Banggi - Hajiji
Kerajaan Sabah komited untuk menyelesaikan masalah air yang dihadapi oleh penduduk menerusi pembinaan sebuah LRA baharu khusus untuk Pulau Banggi.
Piala Thomas: China kecewakan Indonesia, rangkul juara kali ke-11
Kejayaan ini diraikan beberapa jam selepas tuan rumah merangkul kejuaraan Piala Uber kali ke-16 selepas turut mengalahkan Indonesia 3-0.
UAE umumkan kejayaan hantar 400 tan bantuan makanan kepada penduduk Gaza
Penyampaian dan pengagihan makanan untuk menyelamatkan nyawa itu bagi 120,000 orang, sejajar dengan komitmen UAE.
Tiga maut, empat cedera pacuan empat roda terbabas, terhumban dalam parit
Insiden berlaku berhampiran Rumah Ngambang di Batu 72, Suai, Niah dekat Miri.
Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Tiada laporan diterima mengenai kes trombosis dengan sindrom "thrombocytopenia" yang dikaitkan dengan vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia.
Johor peruntuk lebih RM1.9 juta sedia kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor
Kerajaan Johor memperuntukkan lebih RM1.9 juta bagi menyediakan kemudahan Wi-Fi Premium Maju Johor di 63 hotspot melibatkan 23 lokasi bermula Julai ini.
Kaum India jangan undi ikut emosi, terpengaruh hasutan boikot PRK KKB - Mugilaan
Komuniti India dinasihat perlu memanfaatkan undi dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar dapat memberikan perkhidmatan terbaik.
PKBM sasar Mohd Azizulhasni raih pingat emas di Sukan Olimpik Paris
Amarjit berkata sasaran itu bukan dilakukan secara tiba-tiba malah ia realistik berdasarkan keadaan The Pocket Rocketman ketika ini.
Pelan tindakan rangsang ekonomi golongan asnaf sedang dirancang
Pelan tindakan yang akan direka untuk membantu golongan asnaf keluar daripada masalah kewangan akan segera dibincangkan.
KKM kaji cadangan tidak pamer jenama produk rokok - Khairy
KKM sedang mengkaji cadangan untuk tidak mempamerkan pembungkusan jenama produk rokok, selari dengan penggubalan Rang Undang-Undang Larangan Tembakau dan Rokok.