awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu ternak babi: Tiada larangan, tapi jangan ganggu sensitiviti, kesihatan penduduk - PM Anwar
Sindiket dadah helium-MDMA ditumpaskan, empat ditahan
WDS 2026 platform pendedahan teknologi pertahanan global - Mohamed Khaled
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan

Bernama
Bernama
21/04/2024
12:00 MYT
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Dr Dzulkefly Ahmad berkata justeru, pasukan penguatkuasaan KKM perlu lebih bertaktikal dalam melaksanakan tindakan membanteras penjualan produk yang diragui tahap kebersihannya oleh penjaja warga asing. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata justeru, pasukan penguatkuasaan KKM perlu lebih bertaktikal dalam melaksanakan tindakan membanteras penjualan produk yang diragui tahap kebersihannya oleh penjaja warga asing.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidifitri Parlimen Kuala Selangor di sini hari ini ketika diminta mengulas tindakan KKM berhubung video tular mengenai aktiviti jualan makanan ala 'street food' dari negara India yang dipercayai beroperasi berhampiran Masjid Al-Bukhary di Jalan Hang Tuah, Kuala Lumpur dan 'dikerumuni' warga asing.
Penularan video berdurasi 23 saat itu mengundang reaksi kurang senang pengguna media sosial terhadap kelemahan sistem penguatkuasaan yang dilihat seolah-olah terlepas pandang aktiviti penjaja warga asing terbabit yang didakwa telah lama beroperasi.
Dalam perkembangan lain, Dzulkefly berkata KKM akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan bagi meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) aktiviti luar bilik darjah yang dijalankan di sekolah bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau berkata insiden seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang meninggal dunia ketika menyertai aktiviti merentas desa di Negeri Sembilan pada 19 April lepas menuntut agar SOP lebih tuntas diwujudkan untuk dijadikan panduan oleh semua pihak pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#modus operandi
#penjaja makanan warga asing
#Dzulkefly Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan