awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penulis blog Murray Hunter mohon maaf, tarik balik artikel berunsur fitnah
Situasi di Gaza makin meruncing, Global Sumud Flotilla 2.0 bakal digerakkan
Video tular: Ladang ternakan buaya di Penampang beroperasi secara sah - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang

Bernama
Bernama
22/11/2016
12:16 MYT
KKM kesal dengan insiden kesilapan penyerahan mayat di Hospital Pulau Pinang
Menurut Noor Hisham, makluman dan siasatan awal pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang mengesahkan bahawa perkara itu telah berlaku. - Gambar fail
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pulau Pinang dan Hospital Pulau Pinang mengesahkan berlakunya kesilapan penyerahan mayat kepada waris seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar Cina hari ini.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa berkata,siasatan mendalam berhubung kejadian sedang dijalankan.
"Pihak KKM berasa sangat kesal dan memandang serius insiden ini. Pihak JKN Pulau Pinang dan hospital telah pun berjumpa dengan waris keluarga bagi memberi penjelasan dan berbincang mengenai perkara ini.
"Kementerian berpendirian bahawa ia tidak sewajarnya berlaku dimana-mana hospital, sama ada hospital kerajaan mahupun swasta," menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan itu lagi pihak hospital dan Jabatan Forensik sememangnya sudah mempunyai Garis Panduan serta prosedur pengendalian standard (SOP) mengenai Perkhidmatan Perubatan Forensik yang telah menggariskan tatacara penyerahan mayat kepada waris.
Tindakan tegas telah diambil terhadap kakitangan yang tidak bertanggungjawab serta tidak mematuhi peraturan serta SOP berkenaan.
Jelas kenyataan itu, kakitangan tersebut telah digantung tugas dan akan dikenakan tindakan tatatertib.
Sementara itu, Kementerian juga telah mengeluarkan arahan penambahbaikan serta-merta kepada pihak hospital tersebut bagi mengelakkan kejadian sama berulang. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Dr Noor Hisham Abdullah
#Kementerian Kesihatan Malaysia
#Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan