NATIONAL
KKM kesan dua lagi kluster baharu

Kluster teratai mencatatkan jumlah tertinggi pertambahan kes COVID-19 iaitu sebanyak 778 kes menurut Kementerian Kesihatan Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua lagi pertambahan kluster baharu dikenal pasti iaitu Kluster View Kolombong dan Kluster Talang-Talang.
Berikut merupakan perincian bagi kedua-dua kluster berkenaan.
1. Kluster View Kolombong
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu dan Tuaran Sabah.
- Kes dilaporkan positif pada 1 Disember hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 76 individu telah disaring, 40 kes lagi telah dikesan positif.
2. Kluster Talang-Talang
- Kluster ini melibatkan daerah Kota Kinabalu, Sabah.
- Kes dilaporkan positif pada 23 November hasil saringan individu bergejala.
- Seramai 67 individu telah disaring, 18 kes lagi dikesan positif.
Menurut KKM, setakat ini terdapat 364 kluster yang dilaporkan masih aktif termasuk dua kluster baharu yang dilaporkan.
Kluster-kluster yang melaporkan pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Teratai (778 kes), Kluster Hentian (118 kes) dan Kluster Batu Tujuh (37 kes).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami