awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM laksana kajian menyeluruh perkukuh mobilisasi anggota kesihatan

Bernama
Bernama
10/12/2025
02:40 MYT
KKM laksana kajian menyeluruh perkukuh mobilisasi anggota kesihatan
KKM sentiasa komited untuk melaksana penambahbaikan berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat khususnya di fasiliti kesihatan.
PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) akan melaksanakan kajian menyeluruh bagi menambah baik pelaksanaan mobilisasi anggota kesihatan di seluruh negara.
Menurut kenyataan KKM, kajian itu bertujuan menganalisis impak pelaksanaan mobilisasi anggota kesihatan dan menilai kebolehlaksanaannya pada masa hadapan.
"KKM sentiasa komited untuk melaksana penambahbaikan berterusan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan kesihatan yang terbaik diberikan kepada rakyat khususnya di fasiliti kesihatan," menurut kenyataan itu.
Menurut KKM, usaha itu selaras dengan kenyataan Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar bahawa kerajaan terus memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan awam melalui penempatan semula pegawai perubatan dan anggota polis di lokasi lebih memerlukan, sebagai sebahagian daripada agenda merakyatkan perkhidmatan.
KSN dalam Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam pada 7 Dis lepas dilapor berkata sebanyak 380 pegawai perubatan terlibat dengan pelaksanaan mobilisasi di peringkat Ibu Pejabat dan fasiliti kesihatan.
Selain daripada skim pegawai perubatan, pelaksanaan mobilisasi itu juga turut melibatkan skim jururawat dan penolong pegawai perubatan dari Ibu Pejabat KKM ke fasiliti kesihatan.
Menurut KKM, usaha itu turut menyokong Inisiatif Pengukuhan Agensi Barisan Hadapan di bawah Teras Keberhasilan Reformasi 3: Pembangunan Organisasi, Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA) yang menumpukan aspek mobilisasi penjawat awam bagi merakyatkan penyampaian perkhidmatan khususnya perkhidmatan kesihatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#penjawat awam
#perkhidmatan awam
#Shamsul Azri Abu Bakar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan