PUTRAJAYA: Pelbagai inisiatif telah dirancang di bawah Pelan Advokasi Mengurangkan Gula bagi memastikan mesej berkaitan gula dan kesannya terhadap kesihatan dapat disebarkan secara meluas, kata Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa.
Beliau berkata pelan itu, yang turut merangkumi 'Kempen Kurangkan Gula' bermatlamat meningkatkan kesedaran rakyat Malaysia tentang pengambilan gula berlebihan dan dapat mengawal pengambilannya secara harian.
"Pelan ini juga merangkumi kempen kurangkan gula kepada pengusaha gerai minuman di medan selera di seluruh Putrajaya.
"Saya difahamkan, semua pengusaha minuman di medan selera sekitar Putrajaya telah bersetuju melaksanakan penggunaan satu sudu teh gula sahaja bagi setiap minuman yang dipesan," katanya dalam ucapannya di Majlis Pelancaran Kempen Kurangkan Gula 2023 peringkat Kebangsaan di sini pada Ahad.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Kesihatan Datuk Zainal Alhakab Seman.
Dr Zaliha berkata terdapat beberapa pengusaha minuman yang telah lama memulakan inisiatif pengurangan gula dalam minuman.
"Dalam hal ini, penghargaan dan pujian saya tujukan kepada pengusaha minuman di Medan Selera Presint 16 serta yang lain iaitu medan selera di Presint 8, Presint 9, Presint 11, Laman Perdana Presint 1, Laman Duta Presint 15 dan Trak Makanan Putrajaya yang menyahut cabaran dalam melaksanakan aktiviti mengurangkan gula di premis mereka.
"Saya berharap usaha yang sama dapat diteruskan di tempat lain. Pihak negeri juga diharapkan dapat menyebarkan pelaksanaan pengurangan gula ini di peringkat negeri masing-masing dengan memberi fokus kepada pengusaha minuman di gerai dan medan selera dengan kerjasama majlis perbandaran atau pihak berkuasa tempatan masing-masing," katanya.
Dr Zaliha berkata pengambilan gula berlebihan boleh menyebabkan pelbagai penyakit seperti peningkatan berat badan dan obesiti, diabetes, karies gigi dan risiko penyakit tidak berjangkit yang lain.
Beliau berkata obesiti berlaku disebabkan ketidakseimbangan antara tenaga atau kalori yang diambil melalui makanan dengan aktiviti fizikal yang dilakukan.
"Kebanyakan daripada kita tidak sedar makanan dan minuman tinggi gula yang diambil antara penyumbang utama kepada pertambahan berat badan, malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia menyarankan pengambilan gula hendaklah kurang daripada 10 peratus berbanding jumlah keperluan kalori harian individu.
"Jika keperluan individu sebanyak 1,500 kalori sehari, maka individu tersebut tidak boleh mengambil melebihi 7.5 sudu teh gula sehari termasuk gula yang diambil dalam kuih-muih serta makanan dan minuman lain," katanya.
Beliau berkata rakyat Malaysia perlu peka dengan makanan dan minuman yang diambil terutamanya yang telah siap dimasak atau siap dibungkus kerana kebanyakan minuman manis mengandungi kadar gula yang tinggi termasuk minuman berkarbonat, kordial atau sirap serta minuman manis dibancuh seperti teh dan kopi.
Dr Zaliha berkata banyak kajian membuktikan perkaitan antara pengambilan gula secara berlebihan dengan kejadian pelbagai jenis penyakit.
Menurutnya peningkatan jumlah pesakit memberi beban yang besar kepada ekonomi dan kewangan negara, dengan kos untuk merawat penyakit diabetes sahaja mencecah RM4.38 bilion setahun pada 2017 berbanding RM2.04 bilion pada 2011, dan secara langsung turut memberi kesan kepada tahap produktiviti tenaga pekerja negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 29 2023
Banyak kajian membuktikan perkaitan antara pengambilan gula secara berlebihan dengan kejadian pelbagai jenis penyakit. - Gambar hiasan
Gaji penjawat awam naik 15 peratus, tertinggi dalam sejarah
Kenaikan itu adalah yang paling tinggi pernah dicatatkan dalam sejarah negara berbanding kenaikan 13 peratus sebelum ini.
AWANI Ringkas: Agong, Permaisuri zahir penghargaan kepada pekerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
11 ditahan terlibat tawaran kerja palsu, pelaburan tidak wujud di Johor Bahru
Mereka terdiri daripada lapan lelaki dan seorang wanita warga asing serta dua lelaki tempatan berusia 28 hingga 45 tahun.
Pengasas bursa dagangan kriptowang terbesar Binance dihukum penjara
Binance diarah membayar denda $4.3 bilion, sementara Changpeng Zhao sendiri dikenakan denda sebanyak $50 juta.
Sifar sekolah daif menjelang 2029, landskap baharu pendidikan Sabah
Sembilan fokus strategik digariskan bagi merealisasikan hasrat itu, dengan satu daripadanya berkaitan komitmen mensifarkan sekolah daif
Marrybrown tembusi pasaran Kemboja, Uzbekistan tahun ini
Pembukaan cawangan di dua negara itu merupakan bukti kepada imej dan jenama Marrybrown semakin dikenali di pasaran antarabangsa.
Masih ada majikan culas laksana perintah gaji minimum - MTUC
MTUC sentiasa menggesa kerajaan supaya lebih agresif dalam mengenal pasti majikan yang masih berdegil.
Budak tiga tahun boleh 'mengaum' seperti singa
Gelagat video Riley Kay Scott yang dimuat naik dalam platform X oleh ibunya mencetuskan pelbagai komen lucu.
Niaga AWANI: Meneliti dinamika ekosistem pekerjaan di era teknologi
Teknologi pesat ketika ini memerlukan sektor buruh di negara ini beradaptasi, dan tidak menjadikannya sebagai halangan dalam meningkatkan produktiviti.
Lebih 3,000 rai sambutan Hari Pekerja 2024 peringkat kebangsaan
Suasana meriah di Dewan Plenary Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sempena sambutan Hari Pekerja 2024.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
KKM batal notifikasi produk ZMY Magnetic Aura Night Cream mengandungi merkuri
Penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik terbabit dengan serta-merta.
KKM kenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing, perketat pemantauan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti modus operandi penjaja makanan warga asing di negara ini dan akan memperketat pemantauan bagi menangani aktiviti itu.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.