awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM lulus pendaftaran produk semula jadi Nova Hepar-P Capsule

Bernama
Bernama
08/10/2024
12:00 MYT
KKM lulus pendaftaran produk semula jadi Nova Hepar-P Capsule
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan produk itu mengandungi bahan aktif ekstrak dukung anak dan indikasi itu dibenarkan berdasarkan data kajian klinikal tempatan.
PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bersetuju untuk meluluskan pendaftaran produk semula jadi Nova Hepar-P Capsule dengan indikasi menyokong kesihatan hati, selepas meneliti laporan penuh penilaian produk dibentangkan dalam mesyuarat pada 3 Okt lepas.
Kementerian Kesihatan (KKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan produk itu mengandungi bahan aktif ekstrak dukung anak (aerial Phyllanthus niruri, standardized to contain 4 per cent Corilagin and 18 per cent Phyllanthus Flavonoids) dan indikasi itu dibenarkan berdasarkan data kajian klinikal tempatan.
"Berdasarkan kajian toksisiti yang dijalankan terhadap bahan aktif tersebut serta sejarah penggunaan produk ini selama lebih 20 tahun, produk ini juga dilaporkan selamat untuk digunakan," katanya menambah pengilang dan pemegang pendaftaran produk adalah Nova Laboratories Sdn Bhd.
Kenyataan memaklumkan bagi memudahkan orang ramai mengenali produk semula jadi dengan tuntutan moden, nombor pendaftaran MAL produk-produk berkenaan diakhiri dengan huruf 'M' contohnya MAL12345678M yang mana berbeza dengan produk tuntutan tradisional yang mempunyai akhiran huruf 'T'.
"Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai penyelidik dan pengusaha produk semula jadi untuk menjalankan kajian klinikal di peringkat tempatan bagi mengumpulkan bukti saintifik untuk menyokong indikasi produk yang lebih spesifik.
"KKM melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga terus memantau kualiti, keselamatan dan tuntutan produk-produk semula jadi yang telah didaftarkan," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#KKM
#Nova Hepar-P Capsule
#lulus pendaftaran
#Pihak Berkuasa Kawalan Dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan