awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Op Serkap: Dua warga tempatan ditahan seludup migran di Kota Bharu
Pemandu lori parah ditetak dua individu tidak dikenali di Batu Caves
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS, lebih tinggi daripada mata wang utama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM miliki 4,898 doktor pakar setakat September ini

Bernama
Bernama
06/11/2017
09:04 MYT
KKM miliki 4,898 doktor pakar setakat September ini
Hilmi berkata, kerajaan sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi bilangan doktor pakar di negara ini.
Terdapat 4,898 doktor pakar sedang berkhidmat di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) setakat 30 September tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Kesihatatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata kementerian itu sentiasa berusaha untuk meningkatkan lagi bilangan doktor pakar di negara ini.
"Antara langkah yang diambil kementerian adalah dengan meningkatkan pengambilan pegawai perubatan menjalani program sarjana kepakaran. Kementerian juga menggalakkan pegawai perubatan yang berminat untuk menjadi pakar menjalani latihan kepakaran melalui program laluan paralel bersama universiti luar negara," katanya.
Beliau menjawab soalan Dr Izani Husin (PAS-Pengkalan Chepa) yang ingin tahu jumlah terkini doktor pakar di hospital kerajaan dan apakah langkah bagi menangani masalah kekurangan jawatan berkenaan.
Dr Hilmi berkata antara langkah lain yang diambil KKM adalah dengan melantik semula secara kontrak pegawai perubatan pakar yang telah bersara wajib untuk berkhidmat dengan kementerian itu mengikut keperluan.
Selain itu, katanya kerajaan turut mendapatkan perkhidmatan kepakaran daripada pihak swasta untuk berkhidmat secara 'sesi' serta menggalakkan pegawai perubatan pakar warganegara Malaysia yang berkhidmat di luar negara untuk pulang ke tanah air dan berkhidmat di dalam negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#doktor pakar
#Dr Hilmi Yahaya
#Dr Izani Husin
#Kementerian Kesihatan
#KKM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan