NATIONAL
KKM muktamad caj konsultasi GP dalam masa sebulan - Dr Dzulkefly

Zulkefly pada sidang media selepas Perasmian Program Kembara Tolak Ubat Tidak Sah (TOBaTs) Peringkat Zon Tengah Tahun 2025 di Kuala Selangor hari ini. - Foto Bernama
KUALA SELANGOR: Penentuan caj konsultasi baharu perubatan am (GP) akan diumumkan selewat-lewatnya dalam masa sebulan dari sekarang.
Ringkasan AI
- Kerajaan akan mengumumkan caj konsultasi baharu pengamal perubatan am (GP) dalam tempoh sebulan, dengan usaha untuk mempercepatkan proses penentuan.
- Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) telah bersetuju dengan kadar yuran perundingan yang ditetapkan, dan Menteri Kesihatan memberi jaminan bahawa kelulusan sebelumnya akan diteruskan.
- Semakan caj konsultasi dibuat bagi memastikan pendapatan lebih berpatutan dan mengurangkan penghijrahan doktor ke luar negara, selaras dengan usaha kerajaan meningkatkan kestabilan sektor kesihatan.
“Setakat ini Majlis Tindakan Kos Sara Hidup (NACCOL) bersetuju dengan yuran perundingan ditetapkan.
“Dulu pun saya dah bentang dan dapat kelulusan, jadi insya-Allah perkara ini akan diteruskan tanpa sebarang masalah,” ujarnya dalam sidang media di Dewan Dato’ Penggawa Permatang, di sini pada Sabtu.
Sebelum ini, caj konsultasi pengamal perubatan am disemak oleh kerajaan bagi menjanjikan pendapatan lebih berpatutan dan mengurangkan penghijrahan ke luar negara.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami