awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL

Astro Awani
Astro Awani
17/03/2023
11:26 MYT
KKM pertimbang peruntukan khas pendigitalan rekod pesakit HKL
Dr Zaliha memberi jaminan kementeriannya akan terus memberi tumpuan terhadap usaha menambah baik perkhidmatan di HKL. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) akan mempertimbangkan peruntukan khas kepada Hospital Kuala Lumpur (HKL) bagi membangunkan sistem pendigitalan rekod pesakit.
Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, hospital berusia lebih 150 tahun itu bergantung kepada kaedah manual untuk merekodkan kira-kira 16,000 data pesakit sehari.
"Langkah pendigitalan itu dapat membantu memudahkan pengurusan di HKL terutamanya dari aspek menyimpan data rekod pesakit dengan lebih efisien.
"Sistem pendigitalan itu sangat membantu di HKL dan kita akan memberikan peruntukan khas untuk langkah ini, Insha Alllah,” katanya semasa sidang media selepas membuat lawatan ke hospital tersebut pada Jumaat.
Terdahulu, beliau mendengar taklimat daripada Pengarah HKL, Datin Dr Rohana Johan berkaitan perkembangan hospital itu serta merasmikan Coffee Book COVID-19 HKL.
Dalam taklimat itu, Rohana turut mengetengahkan isu berkaitan kenderaan hospital yang dilihat sudah lama dan perlu diganti.
Dr Zaliha turut memberi jaminan kementeriannya akan terus memberi tumpuan kepada usaha menambah baik perkhidmatan di hospital tersebut.
"Kita melihat penjagaan HKL adalah sangat penting. Walaupun usianya sudah melebihi 150 tahun tetapi kita akan pastikan perkhidmatan terbaik ini terus diberikan kepada penduduk sekitar Lembah klang," katanya.
Topic Berkaitan
#KKM
#Zaliha Mustafa
#HKL
#rekod pesakit
#pendigitalan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan