awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Najib sedar akaun bank, guna untuk pengeluaran cek - Saksi
'Kedegilan' pemimpin enggan berundur cetus krisis kepercayaan parti - Syed Ali
HKI 2026 platform didik masyarakat guna internet secara selamat, beretika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

KKM, Pfizer meterai perjanjian tambahan 12.2 juta lagi dos vaksin

Astro Awani
Astro Awani
11/01/2021
05:01 MYT
KKM, Pfizer meterai perjanjian tambahan 12.2 juta lagi dos vaksin
Perjanjian dimeterai secara telesidang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei), Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfize - Gambar BERNAMA
KUALA LUMPUR:Kerajaan Malaysia, melalui Kementerian Kesihatan (KKM), hari ini memeterai perjanjian untuk membeli tambahan 12.2 juta dos vaksin COVID-19 Pfizer.
Perjanjian dimeterai secara telesidang oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba yang mewakili kerajaan Malaysia dan Pengurus Negara Pfizer (Malaysia dan Brunei), Luksanawan Thangpaibool bagi pihak Pfizer.
Perjanjian disaksikan oleh Ketua Pasaran Baru Muncul Asia Pfizer, Anil Argilla.
Perjanjian terbaharu itu menjadikan jumlah vaksin Pfizer yang diperoleh oleh Malaysia adalah sekitar 25 juta dos, yang dijangka mampu menampung 39 peratus daripada jumlah penduduk.
Kerajaan sebelum ini menyasarkan untuk memastikan liputan vaksin kepada 70 peratus rakyat.
Vaksin akan diperoleh dengan beberapa syarikat antaranya AstraZeneca, Covax dan Pfizer.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebelum ini menyatakan Malaysia dijangka menerima vaksin suku pertama tahun 2021.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#kerajaan
#Kementerian Kesihatan
#AstraZeneca
#COVID-19
#Malaysia
#Sains
#KKM
#Pfizer
#vaksin
#Menteri Kesihatan
#Dr Adham Baba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan