KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang memperkenal vaksin tetanus-difteria-pertusis (TDAP) kepada golongan ibu hamil bagi mengurangkan beban penyakit dalam kalangan bayi baharu lahir.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pelan imunisasi kebangsaan yang diperkenal oleh kerajaan dalam tahun 1950-an pada awalnya memberi vaksin untuk melindungi kanak-kanak daripada dua jenis penyakit iaitu difteria dan tetanus.
Bagaimanapun, beliau berkata atas keinginan KKM untuk melindungi kanak-kanak daripada penyakit yang berbahaya dan boleh membawa maut, lebih banyak vaksin telah ditambah ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan sehingga hari ini.
"KKM menyedari insiden penyakit batuk kokol (pertusis) adalah tinggi dalam kalangan bayi baharu lahir yang masih belum cukup umur untuk menerima vaksin ini (TDAP) pada usia dua bulan.
"Kesihatan ibu dan anak adalah amat penting sehinggakan ia menjadi antara penanda aras bagi negara membangun. Sejak berdekad lamanya, Kerajaan Malaysia telah memberi tumpuan kepada kelangsungan hidup serta kesihatan ibu dan anak," katanya ketika berucap merasmikan sesi forum media bertajuk 'Suntikan Kasih Ibu dan Bayi' secara maya hari ini bersempena Minggu Imunisasi Sedunia.
Khairy berkata Malaysia berjaya menurunkan nisbah kematian ibu hamil dengan ketara iaitu sebanyak 91.6 peratus pada 2018 (iaitu 23.8 kematian bagi setiap 100,000 kelahiran hidup) berbanding 280 bagi setiap 100,000 kelahiran hidup pada 1957.
Katanya nisbah kematian kanak-kanak bawah lima tahun juga turun dengan ketara iaitu sebanyak 90.2 peratus pada 2020 dengan 6.9 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup berbanding 70.2 kematian bagi setiap 1,000 kelahiran hidup pada 1965.
Menerusi satu kenyataan, Khairy berkata sehingga kini, terdapat 11 jenis produk vaksin untuk mencegah 13 penyakit atau VPD dalam Program Imunisasi Kebangsaan antaranya tuberkulosis, Hepatitis B, difteria, kancing gigi (tetanus) dan batuk kokol.
"Sehingga kini juga, kesemua vaksin ini disediakan oleh kerajaan untuk semua kanak-kanak di Malaysia daripada lahir sehingga mereka berusia 15 tahun.
"Selain itu, KKM menyediakan vaksin kepada ibu hamil untuk mencegah penyakit kancing gigi, vaksin influenza untuk anggota kesihatan barisan hadapan serta vaksin meningokokus untuk jemaah haji," katanya.
Beliau berkata terdapat juga beberapa jenis vaksin yang diberikan kepada kumpulan umur berisiko dan keadaan tertentu di hospital KKM.
Katanya walaupun berdepan cabaran pandemik COVID-19 diikuti Perintah Kawalan Pergerakan di seluruh negara terutama pada 2020 dan 2021, KKM tetap meneruskan perkhidmatan imunisasi kerana menyedari kepentingan vaksin kepada bayi dan kanak-kanak dalam usaha mencegah penyakit berjangkit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Apr 28 2022
Kementerian Kesihatan (KKM) kini merancang memperkenal vaksin tetanus-difteria-pertusis (TDAP) kepada golongan ibu hamil bagi mengurangkan beban penyakit dalam kalangan bayi baharu lahir. - Gambar hiasan
Penumpang harap banjir cepat pulih, hanya mahu pulang
Penumpang yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai, UAE mengharapkan cuaca lebih baik, banjir pulih supaya merekatidak lagi terkandas tetapi dapat menaiki pesawat dan pulang ke kampung halaman.
Ribut kencang, banjir besar badai Asia Barat
Hujan lebat yang melanda Asia Barat sejak dua hari lalu melumpuhkan bandar kewangan Dubai, menyebabkan banjir kilat di Emiriah Arab Bersatu (UAE) serta Bahrain dan mengorbankan lebih 18 nyawa di Oman.
Satu lagi konsert, Harimau Malaya pertimbang tukar venue
FAM tidak menolak akan mengetepikan Rumah Harimau Malaya, Stadium Nasional Bukit Jalil, jika gelanggang itu masih lagi terjejas untuk baki kempen kelayakan Piala Dunia 2026.
Misi Flotila ke Gaza bermula hari ini
Seramai 20 aktivis Malaysia akan menyertai Misi Flotila ke Gaza yang dijangka berlepas pada Ahad ini di mana misi ini akan bermula di Istanbul Turki pada Khamis sebagai persediaan akhir dan dijangka berlepas ke Gaza nanti.
AWANI Ringkas: Susulan letusan Gunung Berapi Ruang di Indonesia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Reformasi ekonomi: Bukan sekadar umum, rakyat perlukan penjelasan - Pakar Ekonomi
Komunikasi yang berkesan dan efektif perlu dilakukan kerajaan seiring reformasi ekonomi yang sedang dilaksanakan ketika ini. Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS), Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, pelbagai platform dan kaedah penerangan perlu dilakukan lantaran tahap kefahaman rakyat terhadap sesuatu isu adalah berbeza.
Dana Pembangkang: Kerajaan mula langkah ke arah politik matang - Pakar
Kesediaan Kerajaan Perpaduan untuk membincangkan peruntukkan kepada ahli parlimen pembangkang seharusnya membuka lembaran baharu politik matang dalam negara.
TikTok akan halang akaun kerap langgar terma daripada saranan For You
Sistem halangan kandungan ini akan berkuat kuasa 17 Mei depan.
Gema hari ketiga isu kelestarian dan kemampanan alam
Wartawan Astro AWANI membawakan lintas langsung Sidang Kemuncak Kesihatan Planet (PHAM 2024) hari ketiga di mana ia terus menumpukan kepada soal isu kelestarian dan kemampanan alam demi generasi akan datang.
Mendiang Joseph Kurup sering ingatkan pemimpin tidak sombong
Seorang individu yang diberi mandat sebagai pemimpin seharusnya bersedia memikul amanah dengan baik serta tidak sombong dengan jawatan dipegang.
KKM tubuh jawatankuasa rangka mekanisme bangun semula klinik kesihatan di Sarawak
Kementerian Kesihatan (KKM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bagi merangka mekanisme bagi pembangunan semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
KKM arah hentikan jualan 'Kingu Ginseng Candy'
KKM meminta mana-mana peniaga termasuk peniaga dalam talian yang mempunyai stok produk gula-gula 'Kingu Ginseng Candy' untuk menghentikan serta-merta penjualannya.
Pindaan Akta 50, rapatkan jurang Program Parallel Pathway dan Sarjana Tempatan
Cadangan pindaan Akta Perubatan 1971 (Akta 50) bertujuan menangani jurang antara Program Parallel Pathway (PPP) dan Program Sarjana Perubatan tempatan.
KKM keluar 1,639 notis dalam Ops Kebersihan dan Keselamatan Makanan bazar Ramadan 2024
1,639 notis dengan nilai kompaun berjumlah RM163,900 telah dikeluarkan dalam Operasi Kebersihan dan Keselamatan Makanan di bazar Ramadan.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
Pendaftaran produk semula jadi dengan tuntutan moden berkuat kuasa 4 April
Pelaksanaan pendaftaran produk semula jadi berdasarkan Guideline on Natural Products with Modern Claim telah diluluskan bagi memantapkan sistem kawal selia bagi produk semula jadi di Malaysia.
KKM cadang pindaan Akta 50 berkenaan program Parallel Pathway disegerakan
Langkah itu adalah bagi menyelesaikan masalah kekurangan pakar perubatan yang berkhidmat di fasiliti kesihatan kerajaan di negara ini.
KKM sahkan suplemen kesihatan 'Beni Koji Choleste Help' tidak berdaftar
RYR adalah bahan yang diekstrak atau dihasilkan melalui proses penapaian beras dengan menggunakan sejenis yis dikenali sebagai 'Monascus purpureus'.
KKM siasat dakwaan pesakit meninggal dunia akibat kegagalan ventilator
KKM menubuhkan Jawatankuasa Penyiasatan Bebas bagi menyiasat dakwaan seorang pesakit meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana berpunca kerosakan mesin ventilator baru-baru ini.
Cebisan kain dalam martabak: KKM keluar notis kompaun terhadap peniaga cuai
KKM dalam kenyataan hari ini memaklumkan siasatan lanjut melalui Program Keselamatan dan Kualiti Makanan (PKKM) turut mengenal pasti beberapa kesalahan dilakukan pemilik gerai.