PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan (KKM) sedang meneliti data teknikal serta klinikal berkaitan kesihatan di negara ini susulan cadangan membenarkan individu yang telah lengkap menerima dua dos suntikan vaksin COVID-19 untuk merentas negeri.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata cadangan memberi kebenaran rentas negeri itu telah dibincangkan di peringkat Majlis Keselamatan Negara (MKN) dengan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri mengutarakan dan memberi penekanan terhadap perkara itu.
"Saya bersetuju dengan Perdana Menteri. Kebenaran rentas negeri apabila selesai vaksinasi sewajarnya kita berikan sebagai insentif seterusnya menggalakkan orang ramai untuk dapatkan vaksin COVID-19," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah bagi Kempen MyDebit di KKM di sini, hari ini.
Semalam, Muhyiddin berkata individu yang telah melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19 mungkin dibenar untuk merentas negeri malah mereka juga mungkin boleh ke luar negara dan keputusan mengenai perkara itu akan dibuat pada mesyuarat MKN.
Dr Adham berkata buat masa ini, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan kepada individu yang terlibat dalam sektor perkhidmatan perlu serta pelancong melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan dengan menggunakan agensi pelancongan berdaftar bagi mengelak risiko jangkitan COVID-19.
"Bagi pergerakan rentas negeri memang ada kes COVID-19 direkodkan namun tiada kluster," katanya.
Selain itu, beliau menegaskan individu yang telah lengkap melalui proses vaksinasi masih perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mencegah penularan COVID-19.
"Mereka (yang telah divaksin) ini tidak terlepas daripada perlu menggunakan pelitup muka, mengamalkan kebersihaan dan menjaga penjarakan fizikal," katanya.
Mengenai Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan pada 17 April ini, Dr Adham berkata pihaknya telah melakukan persiapan rapi di 600 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memastikan proses vaksinasi berjalan lancar.
"Pendaftaran untuk menerima vaksin perlu dipertingkat dan ia boleh dibuat melalui aplikasi MySejahtera, talian hotline atau bersemuka dengan hadir ke fasiliti kesihatan," katanya.
Beliau berkata seramai 9.4 juta penerima vaksin disasarkan dalam fasa kedua melibatkan golongan berisiko tinggi antaranya warga emas, pesakit kronik, orang kurang upaya (OKU) dan individu mempunyai komorbiditi.
"Setakat hari ini, seramai 498,468 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 dan dalam beberapa hari lagi, angka 500,000 terima dos pertama akan tercapai," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Apr 02 2021
Dr Adham berkata buat masa ini, kebenaran rentas negeri hanya dibenarkan kepada individu yang terlibat dalam sektor perkhidmatan perlu serta pelancong melibatkan kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan. - Gambar fail/BERNAMA
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
[TERKINI] Malaysia zahir kebimbangan dengan kegagalan Majlis PBB mengiktiraf Palestin
Malaysia bimbang dan berasa amat kecewa susulan penggunaan veto di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) untuk menghalang kemasukan Palestin sebagai Anggota Penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 18 April 2024, walaupun terdapat sokongan daripada sebahagian besar Negara-Negara Anggota PBB.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.
Sokong PM: Bersatu ambil tindakan terhadap 7 wakil rakyat selepas Aidilfitri
Perkara dilakukan mereka bertentangan dengan dasar dan perlembagaan parti yang memungkinkan kerusi mereka dikosongkan.
Muhyiddin mohon kebenaran cabar keputusan Mahkamah Rayuan
Muhyiddin memfailkan notis usul di pejabat pendaftar, Mahkamah Rayuan di sini pada Rabu, melalui Tetuan Chetan Jethwani & Company.
PMO tentukan kelulusan projek Jana Wibawa, rundingan terus atau tender terbuka - Saksi
Mahkamah Sesyen diberitahu bahawa Pejabat Perdana Menteri yang menentukan sama ada kelulusan projek Jana Wibawa melalui rundingan terus atau tender terbuka prakelayakan.
Jelajah PN: Syed Saddiq beri penjelasan kepada kepimpinan MUDA
Syed Saddiq berkata sebarang keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti, perlu dibuat demi kepentingan rakyat dan bukan atas nama parti.
Isu sokong MB Selangor: Mana ada kartel? - Muhyiddin
Presiden BERSATU itu menegaskan, parti tersebut bergerak berdasarkan Perlembagaan dan memiliki peraturan yang perlu dipatuhi.
Cabar kosongkan kerusi sebab bimbang ada 'tangan ghaib'- Muhyiddin
Tindakan mencabar Kerajaan Perpaduan mengisytihar enam kerusi Parlimen dan satu DUN dikosongkan dibuat kerana bimbang wujud 'tangan ghaib'.
PN tekad tingkatkan sokongan dari kalangan bukan Melayu dan Bumiputera - Muhyiddin
Perikatan Nasional perlu meningkatkan lagi usaha untuk menarik sokongan masyarakat bukan Melayu dan Bumiputera, terutamanya dalam persiapan menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.
Cabaran kosongkan kerusi: "Kepala 'parti lompat' yang mahu cadang pula"- Anwar
Anwar menempelak kenyataan Muhyiddin berhubung cabaran kepada kerajaan bagi mengisytiharkan kekosongan kerusi di lima kawasan Parlimen dan satu DUN.