Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan meneruskan cadangan mewujudkan amanah pelaburan hartanah (REIT) bagi mendapatkan dana tambahan untuk kementerian tersebut, kata Menterinya, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah melakukan beberapa kajian, pembentangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet serta perbincangan bersama Kementerian Kewangan.
"Saya telah berbincang dengan Kementerian Kewangan dan membentangkan kepada Kabinet, kemudian diminta oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya KKM mengkaji semula. Setelah mengkaji kita mendapati dari sudut kos pinjaman itu ada instrumen lain yang lebih baik.
"Saya membuat rumusan dalam mesyuarat pasca Kabinet di peringkat kementerian, tidak akan gunakan REIT dalam usaha menerbitkan atau menjana dana untuk kegiatan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan fasiliti KKM.
"Saya juga sudah ada beberapa usaha dan option yang lain untuk diguna pakai," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Forum Islam Sihat Walafiat di Masjid Al Hana, di sini, malam tadi.
Sementara itu, Dr Dzulkefly berkata KKM akan membentangkan cadangan dan dasar supaya suntikan vaksin imunisasi diwajibkan.
Menurutnya KKM mendapat 'desakan' kuat pelbagai pihak supaya kerajaan mempertimbangkan mewajibkan imunisasi vaksin berikutan keengganan ibu bapa mengambil suntikan sehingga menyebabkan berlaku kes kematian.
"Saya akan bawa perkara dalam mesyuarat pasca kabinet KKM, andainya disokong kita akan bawa ke peringkat kabinet pula. Saya percaya akan ada hujah yang menyokong serta menentang cadangan ini, KKM akan pertimbangkan semuanya secara serius," katanya.
Ketika diminta mengulas tahap penolakan suntikan vaksin imunisasi ketika ini, Dr Dzulkefly berkata keadaannya belum membimbangkan namun kadangkala ibu bapa yang menolak vaksin memberikan alasan yang tidak dibuat berdasarkan 'evidence based' atau kajian klinikal.
"Kita akan bentangkan dalam tempoh waktu yang munasabah, kita perlu ada konsultasi dan merujuk kepada pemegang taruh. Sekiranya kita mahu tangani perkara ini dengan baik dan cermat kita perlu ada sesi keterlibatan seperti sesi perjumpaan townhall," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Feb 23 2019

DR DZULKEFLY: Saya membuat rumusan dalam mesyuarat pasca Kabinet di peringkat kementerian, tidak akan gunakan REIT dalam usaha menerbitkan atau menjana dana untuk kegiatan pembangunan dan penambahbaikan kemudahan fasiliti KKM. - Gambar fail

Operasi bomba | Mayat lelaki dijumpai hanyut dekat Pantai Dalam
Mayat seorang lelaki ditemui hanyut di laluan sungai berhampiran Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Limau, Pantai Dalam di ibu negara. Menurut Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Ramli Mohamad, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada 12.24 tengah hari Sabtu.

PKP | Jangan 'kitar semula' surat kebenaran
Orang ramai diingatkan supaya tidak mengitar semula surat kebenaran Perintah Kawalan Pergerakan untuk mengaburi mata pihak berkuasa, terutama di sekatan-sekatan jalan raya. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Acp Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap individu yang melakukan perbuatan itu.

COVID: Thailand catat 198 kes baharu, satu kematian
Daripada 198 kes baharu itu, 180 adalah jangkitan tempatan yang menyaksikan 111 dikesan melalui pengesanan kes aktif.

PdPR | Enam anak kongsi satu komputer riba
Pada ketika dunia berdepan dengan situasi pandemik, pembelajaran dalam talian kini menjadi satu keperluan. Bagi ibu bapa yang hanya mempunyai seorang atau dua anak, perkara itu mungkin tidak mendatangkan sebarang masalah. Tetapi, bagaimana dengan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai dan perlu menyediakan peranti elektronik supaya anak-anak boleh belajar secara serentak?

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Seorang pekerja ERL positif COVID-19
Kenyataan ERL menyebut syif terakhir pekerja itu bertugas ialah pada 16 Jan lepas di Stesen Transit KLIA Bandar Tasik Selatan.

Unsur nadir bumi (REE): Fakta dan mitos
Harga pasaran dijangka meningkat berkali ganda daripada nilai pasaran semasa yang mampu mendatangkan limpahan kemakmuran ekonomi kepada negara pengeluar REE.

COVID-19 | Pesuruhjaya Pas Terengganu positif COVID-19
Pesuruhjaya Pas Terengganu, Senator Datuk Husain Awang disahkan positif COVID-19 pada Sabtu. Beliau yang berusia 75 tahun kini ditempatkan di Hospital Setiu untuk rawatan.

'Jika rakyat Malaysia derma RM2, sudah cukup bantu Ebit Lew beli tablet pelajar'
Sekiranya rakyat Malaysia yang berkemampuan dapat menyumbang minimum RM2, jumlah sumbangan tersebut cukup untuk membeli tablet kepada pelajar-pelajar yang memerlukan.

KKM tidak akan teruskan cadangan terbit REIT - Dr Dzul
Beliau berkata keputusan itu diambil setelah melakukan beberapa kajian, pembentangan kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Kabinet serta perbincangan bersama Kementerian Kewangan.