CYBERJAYA: Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan empat inisiatif tambahan untuk merapatkan jurang penjagaan kanser di negara ini.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, usaha itu turut mendapat sokongan lebih daripada 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bakal berganding bahu.
Selain itu, beliau berkata, inisiatif berkenaan juga diperluaskan menerusi kesepakatan yang dicapai antara Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) dan University of Cyberjaya (UoC) menerusi sesi menandatangani Memorandum Persefahaman.
"Ini kerana, di peringkat universiti, kita boleh melahirkan lebih ramai sukarelawan dalam kalangan anak-anak muda yang berbakat dan bersemangat.
"Kajian-kajian di peringkat universiti juga boleh ditumpukan ke arah kaji selidik berkaitan penjagaan kanser dalam negara. Tidak lupa juga latihan-latihan yang diberikan kepada golongan profesional kesihatan oleh pakar-pakar kesihatan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Majlis Sambutan Hari Kanser Dunia Peringkat Kebangsaan 2024 di Grand Hall University of Cyberjaya Persiaran Bestari, Cyberjaya, pada Sabtu.
Dalam pada itu, Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) yang mewakili 16 syarikat insurans akan memberikan sumbangan 100,000 dos suntikan HPV kepada NCSM.
Sementara itu, Axios International, sebuah organisasi yang menyediakan akses yang mampan kepada penjagaan dan rawatan berkualiti untuk pesakit yang memerlukan, bakal mewujudkan dana bersama Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) yang dipanggil “AxiosNCSM Cancer Fund.”
Faida Rahim
Sat Feb 17 2024
Kementerian Kesihatan Malaysia mengumumkan empat inisiatif tambahan untuk merapatkan jurang penjagaan kanser di negara ini, kata Dr Dzulkefly. - Gambar Bernama
Makkah Route: Bukti keyakinan Arab Saudi kepada Malaysia
Pelaksanaan inisiatif Makkah Route untuk kali keenam membuktikan pengiktirafan antarabangsa dan keyakinan pihak Arab Saudi terhadap Tabung Haji.
TH peruntuk 30 juta riyal untuk kos makanan jemaah haji tahun ini
Sebanyak SAR30 juta diperuntukkan bagi kos penyediaan dua juta pek makanan kepada 31,600 jemaah sepanjang musim haji tahun ini.
'Jemaah haji ialah VIP, perlu dilayan sebaiknya' - Cef Anas
Cef Anas anggap tugas memasak untuk 31,600 jemaah Malaysia di Tanah Suci sebagai jihadnya.
Pesawat turun mendadak kurang dari 10 saat - Penumpang SIA
Salah sorang penumpang pesawat penerbangan Singapore Airlines (SIA) yang mengalami keadaan gelora udara (turbulent) kuat, Dzafran Azmir memberitahu kejadian berlaku dengan sangat pantas.
Haji 2024: Makanan disaring ketat sebelum diedar kepada 31,600 jemaah
TH tidak berkompromi aspek keselamatan makanan bermula daripada penyediaan dan penyajian sehingga kepada penghantaran.
Wanita maut, motosikal dilanggar lori
Mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
AWANI Pagi: Tak nak kena tipu beli kereta terpakai?
Kelahiran SCRUT yang membongkar penipuan gred dan kondisi kereta import terpakai (kereta recond) telah tular dan memberi impak yang sangat baik kepada industri automotif. Buat masyarakat, ia sesuatu yang baik, manakala buat penjual yang tidak jujur, ia mimpi ngeri. Nak tahu perkongsian lebih lanjut, jangan terlepas tonton #AWANIPagi.
#AWANInews
#AWANInews
Putin puji hubungan Rusia dengan Iran
Putin juga memberi jaminan akan memastikan hubungan baik dengan republik itu berterusan.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Selamat Hari Wesak
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan ucapan selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.
Penganut agama Buddha sambut Hari Wesak hari ini
Hari Wesak disambut dengan menyalakan colok dan lilin berbentuk bunga teratai, menabur bunga dan memandikan patung Buddha.
Wujud pasukan khas laksana pematuhan, penguatkuasaan larangan merokok - Cuepacs
Cuepacs mencadangkan Kementerian Kesihatan wujudkan pasukan khas untuk melaksanakan penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan dan restoran.
Lebih 700,000 pelajar diberi vaksin HPV sebelum tamat sesi persekolahan 2024
Kementerian Kesihatan akan memberikan suntikan vaksin papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan sebelum tamat sesi persekolahan 2024 pada Februari 2025,
Ambil serius luahan petugas kesihatan - Cuepacs
Cuepacs menggesa kerajaan supaya melakukan siasatan menyeluruh mengenai isu kekurangan doktor dan petugas kesihatan di beberapa hospital.
KKM kuat kuasa Akta 852, tangani penggunaan rokok elektronik babit golongan muda
Kementerian Kesihatan akan menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 (Akta 852) sepenuhnya pada Jun depan.
Kes demam denggi menurun pada ME18, tiada kematian - KP Kesihatan
Sebanyak 1,995 kes demam denggi dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-18 (ME18) bagi tempoh 28 April hingga 4 Mei lepas berbanding 2,237 kes pada minggu sebelumnya.
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini.
KKM sasar sifar kes kusta menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan sifar kes kusta tempatan baharu menjelang 2030, kata Menterinya Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
KKM jalankan kajian perancangan sumber manusia di fasiliti awam
Kementerian Kesihatan sedang menjalankan kajian menyeluruh berhubung perancangan keperluan sumber manusia di fasiliti kesihatan kerajaan.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.