awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ramadan: Jangan subahat dengan 'geng plastik hitam' - Timbalan Mufti Perak
Kajian pilihan raya DBKL bukan agenda DAP, disokong KJ, Nik Nazmi - Anthony
AS bina rizab strategik pertama mineral kritikal - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly

Bernama
Bernama
12/05/2024
11:03 MYT
401 projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan sedang disiapkan - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly ketika menyampaikan ucapan pada sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia 2024 peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS), hari ini. - Foto Bernama
KOTA KINABALU: Sebanyak 401 projek melibatkan menaik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif di seluruh negara sedang disiapkan pada tahun ini dengan kos dianggarkan RM150 juta, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.
Beliau berkata daripada jumlah itu sebanyak 55 projek naik taraf kesihatan adalah di Sabah dengan kos RM21.5 juta, dan dijangka siap sebelum hujung tahun ini bagi memberikan kemudahan kesihatan lebih baik buat penduduk di negeri ini.
"Kita pastikan ia disiapkan secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaria, Tibi dan Kusta Sedunia peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini hari ini.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Sabah Datuk Dr Asits Sanna.
Dalam pada itu, beliau berkata tiga lagi projek sakit di bawah kementeriannya di Sabah telah dikenal pasti iaitu pembinaan Klinik Kesihatan Sikuati di Kudat serta naik taraf Hospital Papar dan Jabatan Pesakit Luar, Hospital Tambunan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Projek naik taraf klinik dan fasiliti kesihatan daif
#Dzulkefly Ahmad
#Kementerian Kesihatan
#Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan