Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sentiasa berwaspada dan akan melakukan pemantauan berterusan terhadap permainan dalam talian baharu, 'Blue Whale Challenge'.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Jailani Johari berkata, walaupun ada laporan bahawa ia dikesan di Rusia, namun setakat ini tiada insiden serupa dilaporkan pada laman sosial di negara ini.
"Blue Whale bukanlah sejenis permainan aplikasi atau perisian, ia adalah cabaran yang boleh dipanjangkan kepada seseorang menerusi apa-apa jenis komunikasi, dan mereka yang menyahut cabaran untuk bermain harus bermain dan menerima arahan dalam kehidupan sebenar, serta memberi laporan kepada pencabar.
"Kita akan sentiasa berwaspada dan melakukan pemantauan berterusan. Jika ada pihak yang mempunyai maklumat, perlu segera laporkan kepada KKMM," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pusat Internet 1Malaysia Bedong dekat sini, hari ini.
Cabaran Blue Whale yang boleh diakses sesiapa sahaja menerusi sebarang medium komunikasi itu, dilaporkan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia selepas kes bunuh diri seorang remaja berusia 16 tahun di Rusia, dikaitkan dengan permainan itu.
Cabaran berbentuk permainan itu dikatakan mengajak pemain khususnya remaja, untuk melakukan beberapa tugasan yang diberikan oleh pencabar yang tidak dikenali, dalam masa 50 hari, sebelum mereka akhirnya membunuh diri.
Sehubungan itu Jailani menyarankan agar pemain industri mencipta permainan dalam talian yang lebih berfaedah dan tidak membahayakan pengguna.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata, semua pihak dinasihatkan mengambil langkah berjaga bagi mengelakkan ancaman serangan siber komputer berbahaya, 'Ransomware Wannacry'.
"Pastikan sistem komputer anda dikemaskini, masukkan perisian pengesan anti-virus/malware, sentiasa membuat salinan sistem dan data. Jangan klik pada mana-mana pautan yang meragukan," katanya.
Semalam CyberSecurity Malaysia menerima laporan rasmi daripada institusi akademik dan beranggapan terdapat lebih banyak insiden yang tidak dilaporkan berhubung serangan global 'Ransomware WannaCry'.
Dalam perkembangan lain, Jailani berkata, beliau berharap agar Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) yang disediakan kerajaan akan dimanfaatkan sebaiknya.
"Selaras dengan tema sambutan Hari Telekomunikasi Sedunia hari ini, 'Big Data Big Impact', kemudahan internet perlu digunakan untuk perkara yang memberi impak positif kepada masyarakat dan negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
Blue Whale Challenge menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa di seluruh dunia selepas kes bunuh diri seorang remaja berusia 16 tahun di Rusia. - Gambar hiasan
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Kemurungan atau dicabar? Ngeri! Dua beradik nekad terjun dari tingkat 10
Maria dikatakan mengalami kemurungan selepas dibawa bertemu pakar sakit puan apabila ibunya mengetahui tentang hubungannya dengan seorang teman lelaki berusia 12 tahun.
KKMM berwaspada, pantau ancaman Blue Whale Challenge
Setakat ini tiada insiden serupa dilaporkan pada laman sosial di negara ini.