Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) sudah memulakan siasatan terhadap media antarabangsa Al Jazeera susulan penyiaran satu dokumentari yang didakwa memburukan negara ketika mengendalikan wabak koronovirus (COVID-19) membabitkan warga asing di negara ini baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan itu akan dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia berkaitan akreditasi manakala Perbandanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pula membabitkan lesen penerbitan.
"Di bawah kementerian saya ada dua, Jabatan Penerangan melihat dari segi akreditasi Al Jazeera dan Finas melihat dari segi mereka membuat dokumentari itu.
“Adakah mereka mendapat izin kerana untuk menghasilkan filem atau dokumentari itu, mereka perlu mendapat izin daripada Finas.
“Oleh itu, Finas sedang menyiasat perkara ini,” kata Saifuddin.
Tambahnya, jika didapati Al Jazeera tidak mempunyai lesen berkaitan, tindakan akan diambil terhadap agensi berita antarabangsa tersebut.
BACA: Al Jazeera English sedia bertemu wakil Kerajaan Malaysia
Sebelum ini Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, turut menyifatkan dokumentari itu sebagai mengelirukan, tanpa fakta jelas dan membuta-tuli dan wartawan yang menghasilkan dokumentari tersebut sebagai tidak beretika.
BACA: Dakwaan diskriminasi: Al Jazeera dituntut mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran "Nation of Women (NOW)" Pahang.
Sementara itu, beliau berkata, kementeriannya bercadang menawarkan kerjasama strategik antara NOW dengan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).
Menurutnya, kerjasama tersebut adalah kaedah terbaik untuk membantu wanita dalam perniagaan atas talian.
"Antara skop MDEC ialah e-dagang dan saya percaya satu daripada kaedah perniagaan zaman sekarang ini ialah perniagaan dalam talian dan ini penting bagi wanita khususnya jika wanita itu bekerja dari rumah sebagai suri rumah tetapi dia boleh berniaga,” tambahnya.
NOW ditubuhkan antaranya adalah bertujuan memperkasakan wanita negara ini.
Keahlian badan bukan kerajaan (NGO) ini sehingga kini telah mencapai seramai 35,000 orang seluruh negara sejak penubuhannya pada Jun lepas.
Astro Awani
Sun Jul 19 2020
Datuk Saifuddin Abdullah berkata, siasatan itu akan dilakukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia berkaitan akreditasi manakala Finas pula membabitkan lesen penerbitan. - Gambar fail/BERNAMA
Peguam Negara tarik balik rayuan pembebasan Zahid Hamidi
Peguam Negara menarik balik rayuan terhadap pembebasan Ahmad Zahid daripada 40 pertuduhan rasuah berhubung kontrak VLN.
Ringgit dibuka tinggi walaupun dolar Amerika mengukuh
Pada 8.11 pagi, ringgit naik kepada 4.4250/4355 berbanding dolar US daripada 4.4300/4355 ketika ditutup semalam.
UCL: Dua gol Ferran Torres bantu Barcelona benam Borussia Dortmund
Torres masuk sebagai pemain gantian untuk menjaringkan dua gol penting bagi memastikan pasukannya mendahului dua kali.
AWANI Pagi: Keselamatan Elektrik Ketika Banjir | Apa Yang Anda Perlu Tahu?
Tenaga Nasional Berhad (TNB) sentiasa komited untuk memastikan keperluan tenaga elektrik dipenuhi dengan selamat, cekap dan pantas, termasuk ketika bencana alam. Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagian TNB Ir. Mahathir Nor Bin Ismail berkongsi perkembangan terkini mengenai usaha TNB menangani isu bekalan elektrik ketika banjir bersama AWANI Pagi jam 8.30 pagi esok.
Pakistan, Maldives ucap tahniah Arab Saudi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pencapaian penting ini sesuai dengan pengiktirafan pengaruh Arab Saudi yang semakin meningkat dalam sukan global, kata Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [12 Disember 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Nursyazwani Saiful Sham & Amirul Aiman
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
- Banjir: Kelantan pulih sepenuhnya, jumlah mangsa di Terengganu terus menurun malam ini
- Hospital swasta nafi lakukan penganiayaan, simpan jenazah bayi
- Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
#AWANIpagi #AWANInews
ACLE: Saya mohon maaf - Natxo Insa
Pemain berusia 38 tahun itu turut memberikan bayangan bahawa musim ini merupakan tahun terakhirnya dalam kancah bola sepak profesional.
OpenAI tergendala, jejas perkhidmatan ChatGPT, API, Sora
Menurut DownDetector.com, terdapat 2,483 laporan isu diterima sejak perkhidmatan itu gagal diakses sekitar 8 pagi waktu Malaysia.
Bola sepak Malaysia di fasa transisi
Pencapaian terbesar tahun ini adalah penyertaan Malaysia di Piala Asia 2023 di Doha, Qatar.
Parlimen: Hala tuju industri francais, status Ombudsman antara tumpuan hari ini
Hala tuju pembangunan industri francais, pengagihan bantuan kepada petani terjejas banjir serta status penubuhan Ombudsman Malaysia, akan dibincangkan pada hari terakhir persidangan.
Israel dakwa wartawan Palestin Al Jazeera ahli Hamas
Al Jazeera sifatkan tindakan Israel terhadapnya adalah jenayah, kejam dan tidak bertanggungjawab.
Tentera Israel lengkap bersenjata serbu, arah pejabat Al Jazeera di Ramallah ditutup
Rejim Zionis sampaikan perintah penutupan rangkaian berita itu selama 45 hari.
Al Jazeera dedah empayar harta global luar biasa bekas menteri Bangladesh
"The Minister's Millions" Saifuzzaman Chowdhury kumpul harta di UK, Amerika, Dubai, Malaysia dan Singapura walaupun gajinya hanyalah AS$13,000 (RM55,000).
Al Jazeera tolak dakwaan Israel wartawan yang dibunuh ahli kumpulan Hamas
Rangkaian Media Al Jazeera menafikan sekerasnya dakwaan itu dan berkata ia hanya dijadikan alasan untuk lakukan pembunuhan kejam.
Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh dibunuh di Iran - Laporan
Ismail Haniyeh dilaporkan dibunuh di ibu negara Iran, Tehran, lapor media antarabangsa sebentar tadi.
Al Jazeera diharamkan di Israel, operasi ditutup serta-merta
Benjamin Netanyahu sebelum ini menyifatkan Al Jazeera sebagai 'saluran pengganas' dan sebagai ancaman kepada kerajaan pimpinannya.
Al Jazeera kutuk pembunuhan ahli keluarga wartawan Wael Dahdouh
Al Jazeera seru masyarakat antarabangsa turut serta dalam usaha mengakhiri serangan ke atas orang awam, sekali gus melindungi nyawa golongan yang tidak berdosa.
Serangan meningkat di Gaza, kakitangan Al Jazeera cari tempat berlindung
Siaran Al Jazeera dari Gaza pada pukul 3 pagi terpaksa dihentikan disebabkan bimbang dengan tahap keselamatan.
Jual vape: 'Malaysia seolah-olah sudah memasuki era 'Wild Wild West' - Khairy
Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin menyuarakan kebimbangan beliau berhubung penjualan berleluasa vape tanpa kawalan di Malaysia, sehingga menarik minat media antarabangsa.
Al Jazeera ulangi ikrar bela kematian wartawan Shireen Abu Akleh
Al Jazeera akan mencari keadilan kepada Shireen dengan mendesak melalui pelbagai cara untuk memastikan pembunuhnya diheret ke pengadilan.