Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) memberi jaminan akan memberi sokongan kepada penggiat industri seni negara, kata menterinya, Gobind Singh Deo.
Beliau berkata ini bagi memastikan mutu industri seni negara terus meningkat bukan hanya di peringkat tempatan malah antarabangsa.
Menurutnya, sejak memegang jawatan menteri selama tujuh bulan, beliau telah bertemu dengan pelbagai pihak termasuk penggiat seni serta mengumpul maklumat dan menyelami kehendak dan masalah yang mereka hadapi.
Justeru, katanya, sudah tiba masa untuk kementeriannya mengambil tahu permasalahan yang berlaku dalam industri seni serta mencari penyelesaian demi kebaikan bersama.
" Kerajaan memberi jaminan akan menyokong industri ini sejauh mana yang kita mampu," katanya semasa berucap merasmikan Anugerah Persatuan Artis-Artis Rakaman India Malaysia 2018 (MINDRAA 2018) di sini, malam Sabtu.
Gobind berkata penggiat industri seni di negara ini perlu memanfaatkan kepelbagaian masyarakat di negara ini dalam karya mereka.
Katanya, ia adalah satu daripada instrumen untuk menyatupadukan rakyat negara ini melalui seni.
Beliau juga mengambil maklum pandangan penggiat seni agar lebih banyak program anugerah menghargai bakat seni negara diadakan.
"Kita memerlukan lebih banyak program seperti ini. Tiada guna ada bakat tapi tiada pentas untuk menonjolkan bakat mereka," katanya.
Pada majlis tersebut, Ansarullah Abdul Jeelanie memenangi Anugerah Vokalis Lelaki Terbaik manakala K. Anjali merangkul Anugerah Vokalis Wanita Terbaik.
Dalam pada itu, komposer dan pemuzik veteran, RPS Rajoo diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Dec 08 2018
Gobind Singh Deo (kanan) ketika hadir pada majlis anugerah Malaysian India Recording Artistes Association (MINDRA) di Asia Pacific University Of Technology and Innovation, Bukit Jalil pada Sabtu.
Menteri Kabinet zahir penghargaan kepada warga pekerja
Hari Pekerja disambut pada 1 Mei setiap tahun bagi meraikan sumbangan warga pekerja dengan sambutan tahun ini yang bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa'.
Bayi maut disyaki akibat didera, polis tahan empat individu
Polis menahan empat individu di sekitar sini yang disyaki terlibat dalam kes kematian seorang bayi perempuan berumur sembilan bulan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), dipercayai akibat didera, minggu lalu.
Rasuah RM3.3 juta: CEO syarikat air, pemilik syarikat ditahan
Ketua pegawai eksekutif syarikat pembekalan air dan seorang pemilik syarikat ditahan semalam berkaitan kes rasuah dan tuntutan palsu RM3.3 juta.
Sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) menyumbang lebih RM16 juta kepada asnaf di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sempena perayaan Aidilfitri tahun ini.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Maklum Menteri di Jabatan Perdana Menteri (hal ehwal agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, bantuan itu diagih sejak sebelum syawal berjumlah RM16.1 juta kepada 32,250 asnaf di ketiga-tiga wilayah yang mana RM500 diberikan kepada setiap seorang.
Keputusan rayuan Siti Bainun sabitan salah abai, aniaya Bella esok
Keputusan itu akan diputuskan Hakim, Datuk Noorin Badaruddin pada jam 10 pagi.
Sabah, Sarawak setuju pinda Ordinan Buruh
Kerajaan Sabah dan Sarawak kerana bersetuju untuk membuat pindaan ke atas Ordinan Buruh Sabah (Ordinan Cap.67) dan Sarawak (Ordinan Bab 76) bagi diselaraskan dengan Akta Kerja 1955 yang terpakai di Semenanjung Malaysia.
Laporan Bank Dunia: Sistem pendidikan didakwa ketinggalan, MASA gesa tindakan segera
Azril mencadangkan agar penelitian tuntas dan telus terhadap sistem pendidikan dilakukan segera terhadap beberapa perkara.
Apple dijangka tambah ciri AI pada Safari melalui iOS 18
Ciri kecerdasan buatan pada Safari kelak akan memudahkan beberapa proses pelayaran.
'Tiada kartel dalam Lembaga Maktab Mahmud'
Video yang ditularkan semula itu sudah disunting dan diubah suai daripada video sebenar serta tiada kakitangan yang diturunkan pangkat seperti yang dinyatakan.
KESUMA ikrar laksana latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) berikrar akan berusaha sebaik mungkin untuk pelaksanaan latihan kemahiran bernilai tinggi kepada rakyat Malaysia.
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
Ahli lembaga pengarah, hala tuju DNB diumum esok - Fahmi
Fahmi menjelaskan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi penegasan mengenai pelaksanaan rangkaian 5G dan perkara-perkara yang dipersetujui.
193 syarikat dianugerahkan status Digital Malaysia dalam Q1 2024 - Gobind
Sebanyak 193 syarikat telah dianugerahkan Status Digital Malaysia oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) pada suku pertama 2024.
Transformasi digital perlu untuk pengembangan industri runcit - Gobind
Pendigitalan bukan lagi satu opsyen tetapi keperluan untuk pengembangan perniagaan runcit dalam dunia hari ini.
Calon PH PRK Kuala Kubu Baharu masih dalam perbincangan - Gobind
Gobind yang juga Pengerusi DAP Selangor berkata pihaknya menerima banyak cadangan nama sebagai calon PH dalam PRK itu dan senarai nama berkenaan sedang dipertimbangkan.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Penubuhan JKSN di bawah RUU Keselamatan Siber perlu untuk tangani isu keselamatan
Penubuhan Jawatankuasa Keselamatan Siber Negara (JKSN) di bawah Rang Undang-undang Keselamatan Siber 2024 adalah perlu.
RUU Keselamatan Siber dibentangkan bagi bacaan kali kedua
Sebanyak 7,192 insiden keselamatan siber dilaporkan kepada Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA) pada 2022.
Trend serangan siber meningkat - Gobind
Bagaimanapun katanya, terdapat perkembangan positif direkodkan pada 2023 apabila hanya 3,232 kes dilaporkan kepada NACSA.
Universiti terkemuka dunia Draper University akan buka kampus di Kuala Lumpur
Pembukaan kampus itu adalah dengan kerjasama di antara institusi berkenaan dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).