KUALA LUMPUR: Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) sedia memperluas pemberian bantuan PerantiSiswa Keluarga Malaysia kepada pelajar golongan B40 di institusi pendidikan selain daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).
Menterinya Tan Sri Annuar Musa berkata berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain.
Antara institusi berkenaan ialah Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (Aswara) di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) serta Institut Pendidikan Guru (IPG) di bawah Kementerian Pendidikan.
"Kita melihat untuk fasa pertama, kita akan berikan PerantiSiswa kepada pelajar B40 di bawah KPT iaitu institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS), politeknik serta kolej komuniti manakala untuk fasa kedua, kita pertimbangkan untuk beri kepada institusi lain pula.
"Kalau ada kapasiti yang cukup (peranti) dengan siling (belanjawan) yang diberikan kepada K-KOMM, kita bersedia untuk perluaskannya berdasarkan permintaan (permohonan)," katanya kepada pemberita pada Majlis Apresiasi Pengamal Media di sini malam tadi.
Menjelaskan mengenai jumlah pelajar yang dijangka menerima manfaat bantuan itu berbeza dengan angka yang diumum pada Belanjawan 2022 lepas, Annuar berkata jumlah asal 600,000 pelajar adalah anggaran bagi belanjawan tersebut.
Beliau berkata semakan dan perincian lanjut mendapati angka sebenar pelajar golongan B40 di KPT adalah lebih rendah, selain berpandangan peranti yang murah tidak sesuai untuk diberikan kepada pelajar.
"Pelajar memerlukan peranti berkapasiti tinggi. Justeru, kita cadang buat perolehan peranti kualti tinggi dengan angka pelajar yang kita anggarkan buat masa ini ialah 400,000 orang...namun ini semua bergantung kepada permohonan sebenar.
"Kalau kita buat perolehan banyak tapi pemohonannya sikit, akan berlaku pembaziran. Jumlah sebenar permohonan belum kita ketahui. Fasa pertama dibuka 15 April dan tutup 15 Mei," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 26 2022

Annuar berkata, berdasarkan permohonan yang dibuka sejak 15 April lepas, terdapat permohonan daripada pelajar institusi di bawah kementerian lain. - Gambar fail

Kerajaan akan teruskan subsidi kepenggunaan bagi tempoh jangka pendek - Mustapa
Kerajaan akan meneruskan subsidi kepenggunaan yang dilaksanakan ketika ini bagi tempoh jangka pendek, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Kerajaan bincang atasi masalah kontraktor Melayu - Mustapa
Kerajaan sedang dalam proses menyelesaikan masalah hampir 50,000 kontraktor Melayu yang terpaksa 'gulung tikar' kerana tidak dapat memperbaharui lesen atas pelbagai faktor.

Agenda AWANI: Era baharu pengkomersilan teknologi dan inovasi
Sejauh mana MRANTI mampu jadi platform terbaik untuk pengkomersilan teknologi dan inovasi untuk membantu perusahaan, penyelidik dan pencipta? Ikuti temu bual bersama Ketua Pegawai Eksekutif MRANTI, Dzuleira Abu Bakar dalam Agenda Awani 9 malam.
![AWANI 7:45 [01/07/2022] - Harga kekal dua bulan | Berita baik buat penjawat awam | Wayang bukan keperluan AWANI 7:45 [01/07/2022] - Harga kekal dua bulan | Berita baik buat penjawat awam | Wayang bukan keperluan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976168/11644313251656680677450_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [01/07/2022] - Harga kekal dua bulan | Berita baik buat penjawat awam | Wayang bukan keperluan
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Nailah Huda Tumpuan #AWANI745 malam ini: Harga siling ayam menang-menang, ambil kira semua peringkat - KPDNHEP Pas Kelantan tetap dengan keputusan, tiada panggung wayang Pengarah & pelakon, Hans Isaac menang Ketua PKR Cabang Ampang #AWANInews #MalaysiaBangkit

AWANI Ringkas: COVID-19: Tiada lagi pas pengembara buat warga Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Skim insurans kenderaan manfaatkan 1.6 juta penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Inspirasi | Bertahan ketika pandemik, Fazzah Kithen gigih melebar sayap
Fazzah Kitchen, yang diusahakan usahawan muda ini antara peniaga yang bernasib baik semasa era pandemik COVID-19 selepas menukar strategi perniagaan untuk mengelakkan dari gulung tikar.

Permohonan Irwan Serigar, Arul Kanda batal saman 1MDB tuntut AS$6.59 bilion didengar 19 Okt
Permohonan untuk membatalkan saman itu difailkan Arul Kanda bulan lepas manakala Mohd Irwan memfailkan permohonan pada 18 Feb.

Agenda AWANI: World Urban Forum (WUF11) Apa Malaysia bawa pulang?
Di mana kedudukan iltizam kerajaan untuk merealisasikan Agenda Bandar Baharu (NUA) dan pencapaian negara ke arah SDG menjelang 2030? Temu bual khas bersama Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dalam Agenda Awani 8.30 malam ini.

Larangan Plastik | India larang kebanyakan plastik sekali guna
India melarang kebanyakan produk plastik sekali guna mulai Jumaat, sebagai usaha untuk menangani isu sisa sampah dan pencemaran di negara itu. Pada peringkat pertama, kerajaan telah melarang pembuatan, pengimportan, pembekalan, dan penjualan 19 produk plastik yang dikenal pasti berpotensi tinggi menyebabkan pencemaran.

Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berbincang minggu depan, galakkan kempen jualan murah
Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi akan mengadakan perbincangan pada minggu hadapan bagi menggalakkan semua outlet, kedai runcit dan pasar raya melancarkan kempen jualan murah.

Sambutan Hari Kebangsaan perlu pembaharuan libat komuniti, keluarga - Annuar
Sambutan perlu menonjolkan cara setiap keluarga atau komuniti dari pelbagai latar belakang dalam menyambut hari bersejarah negara.

Pucuk pimpinan UMNO perlu cari jalan harmonikan semula parti - Annuar Musa
Pucuk pimpinan UMNO perlu mencari jalan untuk mengharmonikan semula parti selepas pendedahan mengenai wujudnya SD daripada Ahli Parlimen UMNO untuk menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM.

Zahid tidak pernah minta saya tandatangan SD - Annuar
Beliau berpendapat, pucuk pimpinan parti perlu mencari jalan bagi mengharmonikan keadaan susulan pendedahan yang dibuat.

Tiada lagi pendekatan 'tembok besi' antara kerajaan - pembangkang, kata Annuar
'Tembok besi' antara kerajaan dan pembangkang tidak boleh diambil lagi kerana kestabilan politik demi menjaga kebajikan Keluarga Malaysia.

Enam telco dijangka pegang kepentingan ekuiti dalam Digital Nasional - Annuar
Hari ini (30 Jun) merupakan tarikh akhir untuk telco memuktamadkan kontrak rangkaian 5G dan urusan ekuiti di syarikat tujuan khas tersebut.

Isu orang tengah antara dibincang pada mesyuarat pertama Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi
Kerajaan tidak boleh membiarkan kuasa pasaran begitu sahaja sebaliknya akan membuat intervensi tertentu.

Berita palsu mungkin antara punca bekalan minyak masak kurang - Annuar
Annuar menegaskan terdapat beberapa faktor dikenal pasti menjadi punca kepada kurangnya bekalan minyak masak di pasaran terutamanya jenis peket baru-baru ini.

Tiada masalah wujud beberapa pasukan tangani isu harga barang, inflasi - Annuar
Tidak timbul masalah apabila ada beberapa jawatankuasa membincangkan soal sara hidup dan inflasi di Malaysia.

Inisiatif baharu perkhidmatan jalur lebar diumum dalam masa terdekat - Annuar
Beliau meninjau status pelaksanaan rangkaian 5G negara oleh DNB bagi memastikan semuanya mengikut jadual.