MALAYSIA
KKR akan bentang laporan PCA, permudah kerja penyelenggaraan JRTB - Nanta

Nanta meninjau lokasi kemalangan di KM53, Jalan Raya Timur Barat di Gerik hari ini. --fotoBERNAMA
GERIK: Kementerian Kerja Raya (KKR) sedang menyediakan laporan mengenai Kerja Penilaian Keadaan Turapan (PCA) yang bertujuan memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan serta penurapan di Jalan Raya Timur-Barat (JRTB) Gerik-Jeli dalam masa terdekat.
Ringkasan AI
- Kerja Penilaian Keadaan Turapan (PCA) sedang dilaksanakan di Jalan Raya Timur-Barat (Gerik-Jeli) menggunakan teknologi moden seperti Multi Laser Profiler (MLP) dan Falling Weight Deflectometer (FWD) bagi merancang penyelenggaraan dan penurapan jalan.
- Peruntukan RM55 juta telah disediakan untuk naik taraf seksyen jalan termasuk lokasi kemalangan tragik melibatkan 15 pelajar UPSI, dan tambahan RM80 juta diperuntukkan untuk 55 skop kerja di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen.
- Lampu solar dan lampu isyarat akan dipasang termasuk di lokasi nahas bas, dengan RM3.58 juta diperuntukkan; projek dijangka siap pada Oktober 2025, dan Kementerian Kerja Raya memberi jaminan pelaksanaan cekap serta berkesan.
"Bagaimanapun segala kemudahan atau kaedah yang diguna pakai ini bergantung kepada peruntukan yang diberikan khususnya dalam membina serta membaiki jalan raya," katanya ketika ditemui media selepas mengadakan tinjauan di lokasi kemalangan yang meragut nyawa 15 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di KM 53, JRTB di sini hari ini.
Pada 9 Jun lepas, Nanta dalam kenyataan memaklumkan lokasi kemalangan itu adalah antara seksyen di JRTB yang telah dikenal pasti bagi kerja naik taraf tahun ini dengan peruntukan RM55 juta.
Beliau berkata pelbagai inisiatif juga telah diambil sejak 2023 bagi menambah baik laluan Gerik-Jeli, khususnya di Jalan Persekutuan FT04 itu.
Sementara itu, Nanta berkata dana berjumlah RM80 juta turut diperuntukkan meliputi 55 skop kerja di bawah Program Penyenggaraan Berkala Pavemen yang bertujuan memastikan laluan di JRTB berada dalam keadaan baik.
"Kelulusan Arahan Kerja (AK) akan dikeluarkan apabila skop kerja disenaraikan berdasarkan cadangan daripada laporan PCA yang akan disediakan nanti," katanya.
Beliau berkata sebanyak RM3.58 juta diperuntukkan bagi Program Penyenggaraan Lampu Jalan dan Lampu Isyarat melibatkan penyelengaraan lampu isyarat serta pemasangan lampu solar di sepanjang JRTB yang akan bermula Julai ini.
Nanta berkata pemasangan lampu solar itu nanti turut akan melibatkan lokasi tragedi nahas bas berkenaan yang berlaku pada 9 Jun.
"Kerja-kerja ini sedang dalam proses perolehan oleh JKR Perak dan dijangka siap pada penghujung Oktober tahun ini," katanya.
Beliau berkata KKR memberi jaminan semua peruntukan yang disediakan itu akan digunakan sebaiknya dalam memastikan kerja-kerja penyelenggaraan di JRTB dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami