KEPALA BATAS: Kementerian Kerja Raya (KKR) sudah bersiap sedia membantu pasukan keselamatan dan petugas barisan hadapan menghadapi musim tengkujuh susulan ramalan banjir yang dijangka melanda beberapa negeri Semenajung pada November ini.
Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, pihaknya akan memastikan semua infrastruktur awam seperti jalan raya dan jambatan selamat digunakan agensi kerajaan dan orang awam pada waktu kecemasan.
Beliau berkata, Bilik Gerakan Bencana (BIGBEN) juga ditubuhkan di peringkat ibu pejabat dan negeri untuk menyelaraskan tindakan yang diperlukan di kawasan terjejas.
“Di peringkat Jabatan Kerja Raya, kita hendak menjaga infrastruktur dan hendak memastikan jalan perhubungan supaya tidak terputus, khususnya bila berlaku banjir besar.
"Kita hendak pastikan bahawa ada laluan yang boleh dilalui oleh pasukan penyelamat dan pasukan kecemasan yang hendak memberi bantuan dan sebagainya.
“Sebab itu di peringkat kita, kita sudah ada SOP iaitu bila berlaku sahaja, ada tanda-tanda sebelum itu lagi kita akan wujudkan Bilik Gerakan Bencana (BIGBEN) di peringkat ibu pejabat yang akan mula beroperasi. Begitu juga di peringkat daerah, akan mula diwujudkan.
"Kita akan pantau apakah bentuk bantuan yang kita boleh bantu di samping memastikan jalan-jalan yang terkesan banjir diberi maklum balas atau maklumat terkini kepada pengguna jalan raya," jelas beliau.
Selain itu katanya KKR juga akan memberi bantuan segera lain yang diperlukan termasuk menyediakan kenderaan kepada pasukan penyelamat .
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Projek Jalan Raya Permatang Pak Elong - Jambatan Merdeka di Kepala Batas, Pulau Pinang pada Ahad.
Baru-baru ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar .
Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu, di mana risiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.
Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena La Nina yang masih berterusan dan dijangka sehingga awal tahun depan, menyebabkan peningkatan taburan hujan.
Astro Awani
Sun Sep 11 2022
Fadillah berkata, Bilik Gerakan Bencana (BIGBEN) KKR di ibu pejabat akan segera beroperasi disusuli daerah terlibat akan memantau perkembangan banjir dari semasa ke semasa. - Astro AWANI/Shahir Omar
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Sebanyak 15 pakej Lebuhraya Pan Borneo Sabah dijadual siap hujung tahun depan - Shahelmey
Fasa 1 Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah kini pada tahap 79.06 peratus pembinaan.
60 peratus Jalan Persekutuan sudah capai tempoh luput, perlu diperbaiki - Fadillah
Memandangkan peruntukan tinggi diperlukan, rundingan dengan syarikat konsesi dibuat selain mendapatkan maklum balas dari semua kementerian.
KKR bersiap siaga hadapi kemungkinan banjir besar - Fadillah
Ramalan MetMalaysia menjangkakan banjir besar akan melanda beberapa negeri Semenanjung menjelang November ini.
Pan Borneo Sarawak siap hampir 70 peratus - Fadillah
Tarikh siap sepenuhnya LPB Sarawak disasarkan pada September 2022 namun ekoran pelbagai kekangan termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.
Fasa 2 Program Vaksinasi Industri Pembinaan bermula 5 Ogos - Fadillah
Pendaftaran telah dibuka pada 12 Julai lepas dengan sebanyak 30,000 slot diperuntukkan untuk Pulau Pinang dan 25,000 slot untuk Johor.
Tun Mahathir mampu pimpin Malaysia ke arah masa depan lebih cemerlang - Samy Vellu
Samy Vellu pernah berkhidmat sebagai menteri di bawah kepimpinan terdahulu Dr Mahathir dari 1981 hingga 2003.
Letupan tapak pembinaan MRT: Kementerian siasat jika ada pelanggaran SOP
Datuk Seri Fadillah Yusof berkata pemeriksaan itu akan dijalankan selepas mendapat kebenaran daripada polis yang masih menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.
Hospital baharu Parit Buntar siap 2021
Fasa satu dan dua yang melibatkan kerja-kerja tanah projek tersebut telah siap tahun lalu manakala pembinaan bangunan hospital dijangka dimulakan tahun hadapan.
Laporan keberkesanan pembinaan jalan turapan getah diketahui awal 2018 - Fadillah
Laporan itu akan disediakan berpandukan kepada tiga lokasi projek perintis iaitu di Tampin, Negeri Sembilan, Baling, Kedah dan Lanchang, Pahang.
Segera lapor jika berlaku tanah runtuh, hakisan akibat banjir - Fadillah
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof mahu penduduk di kawasan yang mengalami banjir melaporkan segera insiden tanah runtuh atau hakisan tanah di kawasan mereka.